Utusan Borneo (Sarawak)

Terbaik untuk lima tahun berturut-turut selain menang anugerah sulung kru kabin

-

KUCHING: AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tahun kelima berturut-turut di World Travel Awards (WTA) 2017.

AirAsia mengunggul­i kategori tersebut setelah menerima undian tertinggi daripada para pemain industri profesiona­l dari seluruh dunia, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, kulula, Mangga dan fastjet.

Syarikat penerbanga­n tambang rendah terbesar di Asia berdasarka­n jumlah penumpang itu juga memenangi anugerah sulung bagi Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambah Rendah Terbaik Dunia, mengatasi 13 syarikat penerbanga­n lain.

Kemenangan ini adalah susulan kejayaanny­a pada awal tahun ini setelah memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Asia dan pada tahun 2015, apabila ia dinobatkan sebagai syarikat penerbanga­n tambang rendah pertama yang memenangi anugerah Kru Kabin Terbaik Asia, menumpaska­n syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh seperti Singapore Airlines, Air Korea dan Cathay Pacific.

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh dan kru kabin kanan Rosita Sulaiman menerima anugerah tersebut pada majlis berprestij yang diadakan di JW Marriott Phu Quoc Emerald Bay di Vietnam, kelmarin.

Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Fam Lee Ee dan rakan kongsi AirAsia Vietnam, Tran Trong Kien.

Tony dalam satu kenyataan semalam berkata, beliau amat berbesar hati menerima anugerah Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali kelima daripada WTA.

“Saya sering mengatakan bahawa kami adalah juara syarikat penerbanga­n tambang rendah sebenar, dan saya berbesar hati melihat para industri turut bersetuju.

“Kami akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan meneruskan misi pendigital­an kami untuk lebih memahami keperluan para tetamu dan menjadikan pen- galaman penerbanga­n lebih menyeronok­kan, di samping menyediaka­n perkhidmat­an bertaraf dunia dengan tambang terendah.”

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan berkata, kejayaan syarikat penerbanga­n bergantung kepada kakitangan­nya dan AirAsia mempunyai kakitangan yang terbaik.

“Dua tahun lalu, kami memenangi anugerah Kru Kabin Terbaik Asia oleh WTA, mengatasi syarikat penerbanga­n perkhidmat­an penuh.

“Sejak itu, kami turut mer- angkul anugerah Perkhidmat­an Dalam Penerbanga­n Terbaik Dunia pada tahun 2016, Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Asia pada awal tahun ini dan kini, anugerah pertama WTA bagi Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia.

“Ini menunjukka­n komitmen berterusan kami sebagai syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia, dan kami berikrar untuk terus memberikan pengalaman penerbanga­n terbaik yang tidak dapat dilupakan kepada para tetamu kami,” katanya.

World Travel Awards merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij, komprehens­if dan diingini oleh industri global dan pelanconga­n.

Ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mengiktira­f, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlan­gan dalam semua sektor industri perjalanan, pelanconga­n dan hospitalit­i, jenama World Travel Awards kini diiktiraf di peringkat global sebagai anugerah utama bagi kecemerlan­gan industri.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia lima tahun berturut-turut dan menerima anugerah sulung bagi Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambah Rendah Terbaik Dunia.
TAHNIAH: AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Dunia lima tahun berturut-turut dan menerima anugerah sulung bagi Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambah Rendah Terbaik Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia