Utusan Borneo (Sarawak)

Ibraco Berhad buka galeri Christmas Wonderland di Tabuan Tranquilit­y

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Syarikat pemaju hartanah terkemuka di Sarawak, Ibraco Berhad kini membuka galeri Christmas Wonderland di Tabuan Tranquilit­y di sini, bermula 10 hingga 23 Disember ini untuk membawa keceriaan sempena perayaan Krismas yang menjelang tiba.

Dalaman galeri yang pertama kali dibuka di sini itu, turut dihiasi dengan pelbagai tema Krismas yang menarik seperti pokok Krismas, orang salji, patung askar, beruang Teddy, hadiah dan banyak lagi di mana pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan yang indah di situ bersama keluarga dan teman.

Menurut Pengarah Urusan Ibraco Berhad Datuk Chew Chiaw Han, Christmas Wonderland merupakan inisiatif Ibraco Berhad untuk berkongsi keceriaan dan pengalaman menyambut perayaan Krismas dengan masyarakat dari semua kaum khususnya di Kuching.

“Kami berharap semua lapisan masyarakat berkunjung ke galeri ini bagi melihat dan menikmati sendiri sua- sana menyambut perayaan Krismas yang menjelang tiba,” katanya sempena majlis pelancaran Christmas Wonderland yang disempurna­kan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan, kelmarin.

Selain galeri Krismas, Chew berkata gerai jualan, makanan dan minuman turut dibuka untuk orang ramai beristirah­at sambil menikmati makan malam dan membeli pelbagai barangan Krismas.

Lebih menarik, pengunjung akan dihiburkan dengan persembaha­n yang mengagumka­n daripada pelbagai kumpulan dan persatuan gereja.

Malah pada 10 dan 21 Disember, artis rakaman berbahasa Inggeris popular yang pertama di Sarawak pada 60-an, Rose Iwanaga bersama band The Young Once akan membuat penampilan istimewa di pentas hiburan galeri berkenaan untuk menghiburk­an pengunjung dengan lagu-lagu klasik.

Chew menambah Christmas Wonderland juga merupakan sebahagian daripada projek komuniti kutipan dana Ibraco untuk disumbangk­an kepada dua badan amal terpilih, iaitu Hope Place dan Persatuan Kanser KanakKanak Sarawak.

Hope Place, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) adalah rakan kongsi amal Ibraco yang bertekad untuk meringanka­n penderitaa­n orang miskin dan kurang bernasib baik dengan menyediaka­n makanan dan barangan lain, membaiki rumah usang serta menolong mangsa kebakaran dan banjir.

Persatuan Kanser KanakKanak Sarawak juga merupakan badan amal yang memerlukan dana untuk membantu kanak-kanak yang menderita penyakit kanser.

“Untuk itu, bayaran masuk RM3 yang dikenakan kepada seorang pengunjung akan disalurkan terus kepada dua badan amal ini,” katanya. KUALA LUMPUR: Hengyuan Refining Co Bhd mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM361.78 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2017 berbanding dengan kerugian sebelum cukai berjumlah RM80.80 juta dalam tempoh di bawah kajian tahun sebelumnya.

Pendapatan naik kepada RM2.96 bilion daripada RM1.96 bilion, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia barubaru ini.

Peningkata­n dalam hasil, yang mengatasi jangkaan pasaran, berpunca daripada lonjakan yang tidak dijangka dalam harga purata produk yang sudah ditapis, berikutan gangguan ke atas pengeluara­n se- lepas taufan melanda Teluk Mexico serta kebakaran di pusat penapisan minyak di Eropah.

Hengyuan Refining, berkata ia juga telah mencapai tambahan jualan berjumlah 0.6 juta tong pada suku semasa, hasil daripada loji yang dipertingk­atkan berikutan keuntungan kecil pada Mei 2017 berbanding dengan volum pengeluara­n yang lebih rendah pada tempoh yang sama tahun sebelum ini.

“Jadi, selain daripada gangguan pengeluara­n yang tidak dijangka, keuntungan kasar bagi suku berkenaan juga disokong oleh pemulihan dalam harga minyak mentah sehingga menghasilk­an keuntungan pegangan stok sebanyak AS$2.64 (AS$1 = RM4.08) setong.

“Margin penapisan bagi suku yang sama dalam tahun sebelum ini adalah lebih rendah, manakala keuntungan pegangan stok merekodkan sebanyak AS 76 sen setong,” katanya.

Bergerak ke hadapan, Hengyuan Refining, berkata margin minyak yang ditapis dijangka menurun dalam jangka terdekat berdasarka­n kepada harga dan margin penapisan hadapan pasaran yang telah diterbitka­n.

“Kecekapan operasi, kualiti produk, pengurusan risiko kewangan dan hidrokarbo­n terus menjadi fokus utama dalam meningkatk­an prestasi syarikat bagi tahun kewangan semasa,” katanya. — Bernama

 ??  ?? WARNA-WARNI: James bersama Chew melihat galeri Christmas Wonderland yang dihiasi dengan tema-tema Krismas.
WARNA-WARNI: James bersama Chew melihat galeri Christmas Wonderland yang dihiasi dengan tema-tema Krismas.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Chew (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada James sempena majlis pembukaan rasmi galeri Christmas Wonderland di Tabuan Tranquilit­y di sini, kelmarin.
TERIMA KASIH: Chew (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada James sempena majlis pembukaan rasmi galeri Christmas Wonderland di Tabuan Tranquilit­y di sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia