Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sasar penembusan EEV 80 peratus menjelang 2022

-

BATU KAWAN: Penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) di negara ini dijangka mencapai 80 peratus daripada jumlah volum industri (TIV) menjelang 2022.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata ini sejajar dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 untuk menjadikan Malaysia sebagai hab EEV serantau menjelang 2022.

“NAP memberi penekanan kepada inisiatif hijau, dengan matlamat utama untuk menjadikan Malaysia sebagai hab EEV serantau.

“Setakat ini, penembusan EEV dalam pasaran amat menggalakk­an dan kami telah menetapkan kadar penembusan sebanyak 80 peratus pada 2022,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Ulang Tahun Ke-60 Boon Siew Honda Motorcycle­s dan pengeluara­n kumulatif lima juta unitnya, di sini semalam.

Beliau berkata penembusan EEV di Malaysia dijangka meningkat sehingga 50 peratus daripada TIV pada akhir 2017, selepas mencecah 42.8 peratus tahun lepas.

Ong berkata dasar EEV telah disesuaika­n untuk memenuhi permintaan masa depan dalam teknologi kenderaan, selain keperluan untuk melahirkan buruh mahir, pelaburan dalam teknologi dan mobiliti yang mampan.

Beliau memuji Boon Siew Honda atas usahanya mempromosi­kan inisiatif EEV di Malaysia yang telah memberi manfaat kepada pengguna dan alam sekitar, serta menyumbang kepada pembanguna­n EEV di Malaysia.

“Inisiatif tersebut akan menarik pelaburan yang berkualiti tinggi dalam aktiviti pembuatan automotif domestik dan meningkatk­an kecekapan industri automotif kita dalam teknologi EEV,” katanya.

Beliau berkata Boon Siew Honda telah memulakan proses pembanguna­n untuk memperkena­lkan kenderaan elektrik hibrid pada 2018 dan kenderaan elektrik pada 2020, dalam usahanya untuk terus menghasilk­an motosikal yang boleh dipercayai, ekonomi dan mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Ong berkata, walaupun industri motosikal dan perniagaan automotif tempatan merosot sejak 2014, 330,578 unit kenderaan bermotor telah dijual dalam tempoh Januari- September 2017 berbanding 397,918 unit pada 2016.

“Kami menjangka aliran yang meningkat dalam industri automotif dan motosikal pada tahun depan, terutamany­a dalam segmen EEV,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia