Utusan Borneo (Sarawak)

China, Taiwan berbalah

-

BEIJING/ TAIPEI: Satu ugutan oleh seorang diplomat kanan China untuk menakluki Taiwan sebaik sahaja kapal perang Amerika Syarikat (AS) melawat pulau pemerintah­an sendiri itu telah menimbulka­n perang mulut, di mana Taipei menuduh Beijing gagal memahami makna demokrasi.

China menganggap Taiwan sebagai wilayah degil dan sanggup menggunaka­n k e k e r a s a n u n t u k mengawalny­a.

AS tiada hubungan rasmi dengan Taiwan namun ia tertakluk kepada undang- undang untuk mempertaha­nkan dirinya sendiri dan sumber utama senjatanya.

Beijing menyifatka­n Taiwan isu paling sensitif dan penting di antara China dan AS.

Pada September, Kongres AS meluluskan Akta Kebenaran Pertahanan Kebangsaan bagi tahun fiskal 2018, yang membenarka­n lawatan biasa kapal tentera laut di antara Taiwan dan AS.

Diplomat Li Kexin berkata semasa majlis kedutaan China di Washington pada Jumaat lepas bahawa beliau telah memberitah­u pegawai AS bahawa China akan mengaktifk­an undangunda­ng antipemisa­han yang membenarka­nnya untuk menggunaka­n kekerasan terhadap Taiwan sekiranya perlu bagi menghalang pulau tersebut daripada berpisah sekiranya AS menghantar kapal tentera laut ke Taiwan.

“Hari di mana sebuah kapal Tentera Laut AS tiba di Kaohsiung merupakan hari di mana Tentera Pembebasan Rakyat kami menyatukan Taiwandeng­ankuasaten­tera,” media China memetik Li sebagai menyatakan pada hujung minggu, merujuk kepada pelabuhan utama di Taiwan.

Menteri Luar Taiwan menyatakan lewat Sabtu lepas bahawa ketika pegawai China kelihatan ingin cuba memenangi hati dan pemikiran di Taiwan, mereka turut menggunaka­n ugutan yang menjejaska­n perasaan rakyat Taiwan.

“Cara ini menunjukka­n kekurangan pengetahua­n mengenai maksud sebenar bagi sistem demokratik dan bagaimana satu masyarakat demokratik bekerja,” menurut kementeria­n tersebut.

C h i n a m e n g e s y a k i Presiden Taiwan Tsai Ingwen, yang mengetuai Parti Progresif Demokratik yang berasaskan kebebasan, ingin mengumumka­n kemerdekaa­n rasmi pulau tersebut.

Tsai menyatakan beliau ingin mengekalka­n kedamaian dengan China namun akan mempertaha­nkan keselamata­n Taiwan.

Tabloidber­pengaruhGl­obal Times di China, terbitan pihak pemerintah Parti Komunis People’s Daily, menyatakan semalam China tidak akan tunduk kepada Taiwan.

“Tanah besar China tidak pernah menyerahka­n pilihan bagi penyatuan semula Taiwan melalui kekerasan, yang jelas kepada rakyat di seluruh Selat Taiwan ,” katanya dalam satu ruangan.

“Kata- kata Li memberi satu amaran kepada Taiwan dan menarik garisan merah.

“Sekiranya Taiwan cuba mengadakan referendum kemerdekaa­n atau aktiviti lain dalam langkah ke arah kemerdekaa­n Taiwan, PLA tidak syak lagi akan mengambil tindakan segera,” jelasnya. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia