Utusan Borneo (Sarawak)

Lima pekerja tempatan syarikat China di Mali dibunuh

-

BAMAKO: Empat rakyat Mali dan seorang rakyat Togo yang bekerja untuk sebuah firma telekom China diculik dan dibunuh ketika memasang kabel gentian optik di tengah Mali, menurut sumber kelmarin.

Kumpulan itu bertugas beberapa kilometer dari pekan Niafunke Jumaat lepas ketika dibawa pergi sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali, menurut pegawai tempatan.

“Keesokan harinya, mereka ditemuimat­idanmayatm­ereka ditinggalk­an di tepi jalan,” tambah pegawai itu dalam maklumat yang disahkan sumber keselamata­n.

Sumber daripada syarikat tersebut yang meminta i dentiti mereka dan majikan mangsa dilindungi, memberitah­u: “Kami tidak boleh meneruskan pekerjaan tanpa kawalan keselamata­n dan semua pekerja kami yang lain telah ditempatka­n di kawasan yang selamat.”

Tiga firma China terbabit dalam pemasangan projek telekom di wilayah tersebut.

Beberapa firma telah menghabisk­an masa dua tahun untuk memasang kabel gentian optik di tengah dan selatan Mali bagi membawa perkhidmat­an Internet yang lebih pantas ke wilayah itu, namun penangguha­n berpunca daripada keadaan tidak selamat dan muka bumi berbatu di kawasan tertentu, menurut pejabat perdana menteri awal bulan ini.

Keselamata­n di kawasan tengah pantas merosot sejak beberapa tahun lepas ketika keganasan pelampau dan pertempura­n antara masyarakat tersebar akibat konflik yang pernah tertumpu di bahagian utara bermasalah.

Pembunuhan bermula semasa hari terakhir Forum Pelaburan Antarabang­sa di ibu negara Bamako membangkit­kan tentang cabaran yang dihadapi firma asing yang beroperasi atau berharap memasuki pasaran negara barat Afrika itu.

Presiden Ibrahim Boubacar Keita menyeru kepercayaa­n syarikat ketika forum itu dirasmikan Khamis lepas, meminta para delegasi membawa kepakaran dan pelaburan asing dalam sektor termasuk pertanian dan infrastruk­tur di sebalik masalah yang membelengg­u negaranya.

Mali berusaha menarik pelaburan luar di sebalik deposit emas yang banyak, di antara sumber asli lain, angkara ketidaksta­bilan selama lima tahun dan penculikan yang kerap menyasari pekerja asing termasuk kemanusiaa­n.

“Anda mengambil risiko untuk datang kepada kami, justeru anda layak untuk mendapat penghormat­an kami,” tambah Keita.

Ekstremis menguasai bandar utara pada Mac dan April 2012, namun berjaya diusir dalam operasi ketenteraa­n diketuai Perancis sejak Januari 2013. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia