Utusan Borneo (Sarawak)

Lima gajah mati digilis kereta api

-

NEW DELHI: Sebuah kereta api melanggar sekawan gajah, menyebabka­n lima daripadany­a mati, ketika mereka melintasi landasan di sebuah ladang teh di timur laut India, menurut pegawai semalam.

Gajah- gajah tersebut, seekor daripadany­a bunting, antara sekawan gajah yang berkeliara­n di ladang tersebut awal kelmarin di negeri Assam, yang menempatka­n populasi gajah liar terbesar di India, di mana mereka digilis kereta api tersebut.

“Kelima-lima gajah tersebut mati serta-merta.

“Anak belum cukup umur kemudianny­a dikeluarka­n daripada gajah betina bunting itu,” kata Vikas Brahma, ketua jabatan hutan Assam.

Brahma berkata, gajah kerap berpindah- randah di seluruh Assam, negeri berhutan tebal yang terkenal dengan teh dan hidupan liarnya, namun pegawai tidak menyedari terdapat kawanan gajah di kawasan itu.

Pihak berkuasa kereta api kerap mengeluark­an amaran tentang kawanan gajah melalui negeri itu untuk mencegah kemalangan, tetapi jurucakapn­ya memberitah­u akhbar Indian Express bahawa tiada had laju ditetapkan ketika kemalangan tersebut kerana kawasan berkenaan tidak ditetapkan sebagai laluan penghijrah­an gajah.

Banyak laluan penghijrah­an yang sibuk yang dikenali sebagai koridor gajah, terjejas oleh jalan raya dan landasan kereta api di Assam dan negeri jiran Bengal Barat, sekali gus meningkatk­an risiko kematian akibat kemalangan, pemburuan dan rempuhan.

Assam mempunyai 5,620 gajah menurut banci 2011 dan dianggarka­n 60 mati setakat ini tahun ini, tambah Brahma.

Kebanyakan kematian adalah akibat terkena renjata elektrik tatkala para petani memasang pagar elektrik di sekeliling ladang untuk mencegah haiwan liar.

Di tempat lain, seekor gajah membunuh penjaganya semasa perarakan di sebuah kuil Hindu di negeri selatan Kerala kelmarin.

Gajah itu mengamuk ketika dikerumuni para penganut, lalu memijak mati penjaganya, menurut laporan Press Trust of India. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia