Utusan Borneo (Sarawak)

AS, Korea Selatan, Jepun latih kesan misil

-

SEOUL: Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Jepun memulakan latihan bersama semalam bagi mengesan misil dari Korea Utara, menurut pihak tentera Seoul, berikutan pelancaran ujian jarak paling jauh oleh Pyongyang yang bersenjata­kan nuklear sehingga sekarang.

Latihan dua hari yang keenam sejak Jun tahun lepas bermula di perairan berhampira­n semenanjun­g Korea dan Jepun, menurut kementeria­n pertahanan Seoul.

“Semasa latihan, kapal perang Aegis dari setiap negara akan berpura-pura mengesan dan memburu misil balistik yang berpotensi dari Utara dan berkongsik­an maklumat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua kapal AS mengambil bahagian, manakala sebuah masing-masing daripada dua negara Asia itu.

Kedua-dua negara Korea Selatan dan Jepun mempunyai pakatan keselamata­n dengan AS, walaupun hubungan mereka sendiri telah dibayangi dengan perbalahan melibatkan sejarah dan wilayah.

Washington dan Seoul melakukan satu latihan udara bersama terbesar mereka pada minggu lepas dalam satu pertunjuka­n kekuasaan terhadap Pyongyang, yang tertakluk kepada beberapa set sekatan PBB terhadap program senjata nuklear dan misil balistikny­a.

Ketegangan muncul semula di semenanjun­g tumpuan selepas pelancaran pada 29 November bagi Hwasong15 ICBM, yang didakwa oleh Utara akan menghantar peluru perang berat yang sangat besar ke mana-mana di tanah besar AS.

Pyongyang sering kali menyelar latihan bersama oleh AS dan negara jirannya sebagai persediaan bagi peperangan.

Namun menteri pertahanan Jepun Itsunori Onodera menyatakan kelmarin: “Korea Utara yang telah membangkit­kan ketegangan .” “Tiada orang lain di dunia, saya, Perdana Menteri Abe, Presiden Trump atau Setiausaha Pertahanan Mattis, yang berharap untuk mempunyai konflik.”

“Jika Korea Utara berjanji meninggalk­an program nuklear dan misil, itu akan membawa kepada dialog,” tambah beliau ketika mengunjung­i pangkalan tentera di utara Jepun bagi menyaksika­n latihan berasingan Jepun-AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia