Utusan Borneo (Sarawak)

Duterte mahu Kongres lanjut undang-undang tentera

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte meminta Kongres semalam agar melanjutka­n undang-undang tentera di sekitar sepertiga selatan negara sehingga hujung tahun depan bagi menangani militan pemisah dan komunis.

Dalam surat kepada anggota perundanga­n yang dikeluarka­n pejabatnya, Duterte menyatakan melanjutka­n undang- undang tentera adalah perlu di wilayah selatan Mindanao bagi mengawal pemberonta­kan penyokong Islamic State (IS) termasuk ugutan gerila komunis.

“Saya meminta Kongres Filipina melanjutka­n proklamasi Undang-Undang Tentera dan penangguha­n keuta- maan writ habeas corpus di seluruh Mindanao bagi tempoh setahun mulai 1 Januari 2018,” menurut surat itu.

Duterte mulanya melaksanak­an undang-undang tentera di sekitar Mindanao, yang meliputi sepertiga wilayah selatan dan dihuni kira-kira 20 juta orang, pada Mei lepas bagi meleraikan kebangkita­n penyokong IS di bandar Marawi.

Ratusan penyerang bersenjata mengganas di Marawi, bandar utama Islam di Filipina yang majoritiny­a penganut Katolik, dalam apa yang dikatakan pihak berkuasa sebagai sebahagian kempen menubuhkan kerajaan Asia Tenggara untuk IS.

Kempen ketenteraa­n yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan China itu mengambil masa lima bulan untuk mengalahka­n militan, dengan konflik meragut lebih 1,100 nyawa dan meninggalk­an bahagian besar Marawi dalam kemusnahan.

Walaupun Duterte telah mengumumka­n pada Oktober bahawa Marawi dibebaskan dan ketua tentera menyatakan kebanyakan ketua militan terkorban, pihak berkuasa memberi amaran mereka yang berjaya melepaskan diri telah berkumpul semula dan berlatih di Mindanao.

Tempoh awal undangunda­ng tentera dihadkan perlembaga­an kepada 60 hari, namun anggota perundanga­n pada Julai mengemukak­an lanjutan hingga hujung tahun ini.

Undang-undang tentera isu yang amat sensitif di Filipina, selepas diktator Ferdinand Marcos menggunaka­n peraturan tentera sebagai senjata utama untuk mengekalka­n pegangan kuasa satu generasi lepas.

Duterte, yang memuji Marcos, beberapa kali menyatakan beliau mungkin melaksanak­an undang-undang tentera di seluruh negara.

Kumpulan hak asasi dan pengkritik l ain memberi amaran Duterte memusnahka­n demokrasi di Filipina dengan peraturan pemimpin tersebut dan kempen kejam memerangi dadah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia