Utusan Borneo (Sarawak)

Empat pemancing diselamatk­an selepas 20 jam hanyut di laut

-

LABUAN: Empat pemancing yang hanyut di laut lebih 20 jam apabila enjin bot mereka rosak, diselamatk­an oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) berhampira­n Pulau Tiga pada Ahad.

Mereka yang dikenal pasti sebagai Ali@ Cherlie M Yussof, 62; Jamhari Bujang, 54; Wilfred Balang Singa, 38 and Amri Ahmad Astor, 33 meninggalk­an Pohon Batu Labuan sekitar 4.10 petang pada Sabtu.

Bagaimanap­un, bot mereka mengalami masalah teknikal sekitar jam 10.30 malam selepas dipukul ombak besar dalam keadaan hujan lebat menyebabka­n mereka hanyut ke Pulau Tiga.

Selepas gagal membaiki enjin bot, mereka menghubung­i keluarga masing-masing yang kemudian memaklumka­n kepada APMM pada jam 10 pagi Ahad.

Timbalan Pengarah APMM Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata usaha mencari dan menyelamat bermula pada tengah hari Ahad selepas mereka menerima laporan daripada anggota keluarga pemancing terbabit.

Beliau berkata, APMM ber- jaya mengesan lelaki terbabit enam jam kemudian.

Sementara itu, sebaik tiba di Jeti Maritim Labuan pada jam 12.10 tengah malam kelmarin, Jamhari digegaskan ke Labuan Nucleus Hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Ali yang bercakap bagi pihak pemancing terbabit berkata sebelum belayar mereka telah memeriksa enjin bot itu yang didapati dalam keadaan baik.

“Kejadian ini di luar jangka dan kami bersyukur serta berterima kasih kepada agensi (APMM),” katanya. — Bernama

 ??  ?? BANTUAN: Christoper (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Lingkabung­an.
BANTUAN: Christoper (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di Kampung Lingkabung­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia