Utusan Borneo (Sarawak)

30 keluarga terima bantuan program baik pulih rumah

-

KENINGAU: Sebanyak 30 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih menerima bantuan Program Baik Pulih Rumah menerusi Projek ‘Touch Point 2017’ di beberapa kampung di DUN Bingkor dalam kawasan Parlimen Keningau.

Program itu merupakan projek kerajaan di bawah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dilaksanak­an secara gotong-royong membaik pulih rumah keluarga terpilih dan perlu disiapkan mengikut hari dan tarikh yang ditentukan dengan hasil kerja yang berkualiti.

“Melalui program ini, kerja baik pulih rumah dilakukan secara bergotong- royong melibatkan penduduk kampung dengan kos sehingga RM10,000 untuk setiap rumah,” kata Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Bingkor Kennedy Jie John, di sini pada Ahad.

Katanya, para pemilik rumah terlibat adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berdaftar dengan eKasih. Mereka turut diberi bantuan keperluan harian.

Beliau yang membuat tinjauan pelaksanaa­n projek itu di Kampung Berungis Baru, Baginda, Tigot dan Kota Ayangan berkata, projek baik pulih rumah melibatkan aktiviti menggantik­an atap dan dinding rumah bermasalah (bocor dan usang) serta mengecat dinding rumah yang kusam.

Kennedy berkata, program itu sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n beban rakyat terutama keluarga yang layak menerima bantuan itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan konsisten dalam memberi khidmat kepada rakyat melalui pelbagai program pembanguna­n terutama membantu golongan yang amat memerlukan.

Justeru katanya, rakyat seharusnya bersyukur serta terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan yang ada sekarang untuk memastikan kesinambun­gan pembanguna­n demi kemajuan dan kesejahter­aan rakyat.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan baik pulih rumah, Demson Uni dari Kampung Berungis Baru Bingkor menyatakan kesyukuran kepada kerajaan BN atas bantuan yang telah diberikan.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) zon Pedalaman Atas John Aping, Pegawai RELA Daerah Helmi Juran dan Pegawai Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah Zaid Idrus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia