Utusan Borneo (Sarawak)

JAMBATAN TANDANG SARI DIRASMI

Perasmian jambatan ini melegakan kira-kira 60,728 penduduk, memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan Pusa.

- BERITA DI MUKA

PUSA: Jambatan bernilai RM47 juta merentangi Sungai Rimbas siap dibina dan kini boleh digunakan sepenuhnya, bakal memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk luar bandar di Pusa.

Jambatan konkrit sepanjang 327 meter itu dibina dalam tempoh 36 bulan dan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Abang Johari berkata, jambatan Sungai Rimbas itu diberi nama Jambatan Tandang Sari.

“Pembinaan jambatan ini bakal memberi manfaat kepada penduduk di sini serta merancakka­n aktiviti ekonomi dan meningkatk­an sumber pendapatan masyarakat di kawasan sekitar.

“Fokus kita merealisas­ikan lokasi ini dengan aktiviti pertanian menjadi lebih mudah dan dijadualka­n berjalan lancar dengan adanya kemudahan ini.

“Kita yakin ini mampu meneruskan legasi dan per- juangan Tok Nan memberi fokus dan tumpuan memajukan kawasan-kawasan luar bandar,” katanya pada perasmian jambatan itu di pekan Pusa dan dihadiri sekitar 2,000 orang.

Abang Johari berkata, pembinaan Jambatan Tandang Sari mampu meningkatk­an ekonomi penduduk luar bandar di Pusa, Maludam dan seki- tarnya.

“Kerajaan negeri terus menyediaka­n kemudahan infrasrukt­ur asas kepada penduduk luar bandar di Sarawak supaya kehidupan dan ekonomi bertambah baik.

“Jambatan Rimbas sememangny­a amat dinanti-nantikan penduduk di Pusa kerana sebelum ini mereka hanya bergantung kepada pengangkut­an sungai,” katanya.

Abang Johari berharap penduduk di luar bandar menggunaka­n kemudahan teknologi maklumat untuk memasarkan produk pertanian mereka khususnya kawasan berkenaan terkenal dengan hasil sungai dan laut.

“Kini Kerajaan (Negeri) Sarawak rancak mempromosi­kan kemudahan IT menjalanka­n perniagaan kerana lebih mudah dan pantas.

“Justeru, kita berharap masyarakat luar bandar bijak menggunaka­n kemudahan disediakan untuk menjana pendapatan lebih lumayan agar tidak ketinggala­n,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil dan tetamu lain.

Pembinaan jambatan ini bakal memberi manfaat kepada penduduk di sini serta merancakka­n aktiviti ekonomi dan meningkatk­an sumber pendapatan masyarakat di kawasan sekitar. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Abang Johari bersama tetamu melakukan tinjauan di atas Jambatan Tandang Sari.
UNTUK RAKYAT: Abang Johari bersama tetamu melakukan tinjauan di atas Jambatan Tandang Sari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia