Utusan Borneo (Sarawak)

Indonesia kekang wabak difteria

Penyakit itu tersebar dek pergerakan antivaksin, kurang kesedaran

- DUNIA

JAKARTA: Jutaan kanak- kanak Indonesia divaksin minggu ini tatkala wabak difteria menular menyebabka­n puluhan maut, kata pegawai semalam.

Kira-kira lapan juta kanakkanak dan remaja menerima vaksin untuk mencegah penularan lanjut penyakit akibat jangkitan bakteria itu yang boleh menyebabka­n kesukaran bernafas, kegagalan jantung, lumpuh malah maut jika dibiarkan tanpa rawatan.

Insiden meluas penyakit mudah tersebar itu bagaimanap­un jarang berlaku di Indonesia, walaupun ia mencatat jumlah kedua terbesar kes global antara 2011 dan 2015, selepas India, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tahun ini, hampir 600 kes dikesan dalam 95 komuniti meliputi 20 wilayah, menyebabka­n 32 maut.

Program vaksin itu bermula semalam di tiga wilayah paling padat penduduk termasuk ibu negara Jakarta dan dijangka berterusan hingga bulan depan, menurut pegawai.

Peningkata­n kes adalah akibat kesedaran awam yang lemah dan peningkata­n pergerakan antivaksin, menurut kementeria­n kesihatan.

“Kes difteria sudah lama jarang berlaku di Indonesia, jadi penduduk tidak lagi menyedari bahayanya dan tidak membawa anak mereka untuk divaksin,” kata pegawai kanan kementeria­n Jane Soepardi.

Para pegawai berharap wabak dapat dihentikan sebelum penganjura­n Sukan Asia tahun depan.

“Langsung tidak menakutkan.

“Guru memberitah­u kami semua mesti divaksin dan ia juga tidak menyakitka­n,” kata Ragil Setiawan, 10, pelajar sekolah asas di Tangerang, pinggir Jakarta, semalam yang menerima suntikanny­a.

Dalam perkembang­an berasingan, polis antirerori­sme telah menahan 18 suspek yang ada kaitan kumpulan militan dalam cubaan mengurangk­an risiko serangan ketika sambutan Krismas dan Tahun Baharu di negara majoriti Muslim itu, menurut polis semalam.

Ketua Polis Tito Karnavian berkata, meskipun tiada bukti wujudnya rancangan khusus, penahanan tersebut dibuat dalam usaha mencegah masalah.

“Kami melancarka­n serangan praemptif,” kata Karnavian kepada para wartawan.

“Majoriti suspek mempunyai kaitan dengan insiden sebelum ini ( dan orang) yang telah kami tahan terlebih dahulu,” katanya.

Polis berkata, 12 ditahan di Sumatera Selatan, empat di Kalimantan Barat, masingmasi­ng seorang di Malang dan Surabaya, kedua-duanya di Jawa Timur.

Di bawah undang-undang antiterori­sme Indonesia, penyiasat boleh menahan suspek selama tujuh hari sebelum memastikan mereka adalah suspek khusus atau dibebaskan, menurut jurucakap polis Setyo Wasisto.

Sejak beberapa tahun lalu, serangan militan menyasari warga asing, penduduk Kristian dan pihak kerajaan termasuk letupan berdarah di pulau pelanconga­n Bali pada 2002 yang menyebabka­n 202 terbunuh. — Wirenews

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENCEGAHAN: Seorang kanak-kanak perempuan menangis ketika disuntik dengan vaksin difteria di sebuah klinik kampung di Jakarta, semalam.
— Gambar AFP PENCEGAHAN: Seorang kanak-kanak perempuan menangis ketika disuntik dengan vaksin difteria di sebuah klinik kampung di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia