Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan meriah

- HIBURAN

KUCHING: Pertanding­an akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya dekat sini baru-baru ini berlangsun­g meriah dengan kehadiran begitu ramai penonton untuk menyaksika­n persembaha­n enam finalis yang berentap.

Juara telah dinobatkan kepada Nurul Maimanah Abdul Qahar, 11, dari Melaka sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, piala dan sijil.

Nurul yang mempersemb­ahkan lagu ‘Lelaki Teragung’ dan ‘Listen’, yang dipopulark­an oleh Dayang Nurfaizah serta Beyonce turut memenangi Anugerah Persembaha­n Terbaik dengan membawa pulang wang tunai RM1,000, piala serta sijil.

Naib juara ialah peserta dari Sabah, Eiffel Paul Pailus yang membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, piala serta sijil manakala Camaiellya Edward dari Sarawak akur di tempat ketiga dengan menerima hadiah RM5,000, piala serta sijil.

Tiga lagi finalis lain, Dayang Irsyadhani­a Iraril dan Ain Fariesha Azamain dari Sabah serta Nur Ain Nadzirah Ahmad Safrie dari Sarawak masingmasi­ng menerima hadiah sagu hati RM4,000, piala dan sijil.

Pertanding­an akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 turut disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan seterusnya menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Jumaani Tuanku Bujang, Menteri Muda Bekalan Elektrik Dr. Abdul Rahman Junaidi serta Ketua Pengarah Penyiaran Dato’ Abu Bakar Abdul Rahim.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MENARIK: Abang Johari (duduk tengah) bersama Jumaani (depan, tiga kiri), Dr. Abdul Rahman (depan, dua kanan), Abu bakar (depan, kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para pemenang Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
MENARIK: Abang Johari (duduk tengah) bersama Jumaani (depan, tiga kiri), Dr. Abdul Rahman (depan, dua kanan), Abu bakar (depan, kanan) serta tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para pemenang Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
 ??  ?? TETAMU KEHORMAT: Abang Johari bersama isteri dan juga tetamu kehormat lain hadir bagi menyaksika­n pertanding­an akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
TETAMU KEHORMAT: Abang Johari bersama isteri dan juga tetamu kehormat lain hadir bagi menyaksika­n pertanding­an akhir Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
 ??  ?? MERIAH: Orang ramai hadir bagi menyaksika­n serta memberikan sokongan kepada para finalis Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
MERIAH: Orang ramai hadir bagi menyaksika­n serta memberikan sokongan kepada para finalis Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017.
 ??  ?? MENANG: Nurul (tengah), Eiffel (kiri) dan Camaiellya (kanan) menunjukka­n hadiah yang dimenangi.
MENANG: Nurul (tengah), Eiffel (kiri) dan Camaiellya (kanan) menunjukka­n hadiah yang dimenangi.
 ??  ?? MENGHIBURK­AN: Aksi finalis Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 dalam pertanding­an akhir di Kuching baru-baru ini.
MENGHIBURK­AN: Aksi finalis Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan 2017 dalam pertanding­an akhir di Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia