Utusan Borneo (Sarawak)

KASTAM RAMPAS ROKOK SELUDUP DIISYTIHAR BARANG LAIN

-

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas 4.3 juta batang rokok seludup di Pelabuhan Senari pada 4 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata terdapat 430 kotak rokok jenama Rave yang dimuatkan dalam satu kontena ketika diperiksa Bahagian Penguatkua­saan JKDM Sarawak.

Mengulas lanjut, siasatan awal katanya mendapati barang dagangan itu diisytihar sebagai 660 karton cecair pemadam pengilap kuku dan cecair pembersih dalam Sistem Maklumat Kastam (SMK) bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaa­n rapi, pihak kastam menjumpai rokok seludup berwarna putih jenama Rave,” katanya.

Beliau mendedahka­n perkara itu pada sidang media di Ibu Pejabat JKDM Sarawak semalam.

Hadir sama, Pengarah Kastam Sarawak Datin Sharifah Halimah Tuanku Taha.

Rampasan tersebut katanya dianggarka­n bernilai RM390,000 dengan nilai cukai RM3.02 juta.

Menurutnya, rokok itu dihantar dari Vietnam ke Indonesia tetapi transit ke Sarawak.

Beliau percaya penyeludup­an rokok tersebut untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

“Rampasan rokok seludup ini bukan kali pertama dilakukan di Sarawak, malah ia semakin membimbang­kan,” tegasnya.

Kesemua rokok yang dirampas telah disita di bawah peruntukan Seksyen 114 Akta Kastam 1967.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan.

Beliau turut menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada JKDM dengan menyalurka­n maklumat berhubung sebarang aktiviti penyeludup­an.

“Kastam tidak akan berkomprom­i dalam menangani isu penyeludup­an,” kata Subromania­m.

 ??  ?? TUMPAS: Subromania­m bersama Halimah menunjukka­n rokok seludup dengan nilai cukai RM3.02 juta yang dirampas dalam sebuah kontena di Pelabuhan Senari.
TUMPAS: Subromania­m bersama Halimah menunjukka­n rokok seludup dengan nilai cukai RM3.02 juta yang dirampas dalam sebuah kontena di Pelabuhan Senari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia