Utusan Borneo (Sarawak)

Produk Sarawak dijual di KL

Pavilion Produk Sarawak sebagai platform untuk memasarkan produk negeri ini ke Semenanjun­g Malaysia

- TEMPATAN

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan mewujudkan inisiatif Pavilion Produk Sarawak (SPP) sebagai platform untuk memasarkan produk negeri ini ke Semenanjun­g Malaysia.

Ia melibatkan pelbagai usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sarawak yang diuruskan secara sistematik dalam satu ekosistem.

Premis SPP yang diwujudkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (bersebelah­an Pos Malaysia Medan Tuanku) berfungsi sebagai pusat jualan sehenti produk Sarawak yang turut dihubungka­n dengan e-dagang secara digital.

Ia adalah bagi memudahkan akses pengguna untuk mendapatka­n produk Sarawak seperti beras bario, lada hitam, pes laksa Sarawak, kraf tangan, perabot dan sebagainya.

Prapelanca­ran SPP itu dis- empurnakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di premis berkenaan, kelmarin.

Dalam ucapan ringkasnya, Awang Tengah berkata, SPP diwujudkan bagi mempromosi serta memperluas­kan produk usahawan Sarawak bukan sahaja di Semenanjun­g Malaysia malah ke peringkat antarabang­sa.

Katanyapre­misyangmem­punyai empat tingkat itu menempatka­n ruang seminar, pejabat, sokongan khidmat e-dagang dan tempat penginapan.

Selain itu, kafe yang diu- ruskan Dapur Sarawak juga akan beroperasi tidak lama lagi.

Menurutnya, lebih 200 usahawan Sarawak akan menghantar produk ke SPP nanti dan pada waktu ini 32 usahawan sudah menghantar produk masing-masing.

“Produktemp­atandariLa­was hingga ke Lundu akan ditempatka­n di SPP,” katanya.

Awang Tengah berkata, produk di SPP mula dijual kepada pelanggan pada 12 Disember dengan harga yang amat berpatutan.

SPP menjalinka­n kerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan kerajaan negeri seperti Per- badanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jabatan Pertanian Sarawak dan Persatuan Anak Sarawak.

Selain berkunjung ke SPP, orang ramai boleh melayari laman webnya www.sarawakpav­ilion.com.my atau Facebook @ sarawakpro­ductpavill­ion atau Instagram @sarawakpav­illion_ official.

Hadir sama pada prapelanca­ran, Ketua Bahagian PKS dan Pembanguna­n Usahawan Samat Junai dan Pengarah Borneo Mart Enterprise Sdn Bhd Mazalan Rajang.

SPP diuruskan Borneo Marts Enterprise Sdn Bhd, dibuka mulai jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Perasmian SPP akan diadakan pada Januari 2018 oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Produk tempatan dari Lawas hingga ke Lundu akan ditempatka­n di SPP. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? PRODUK SARAWAK: Awang Tengah melihat transaksi jualan produk usahawan Sarawak semasa prapelanca­ran Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
PRODUK SARAWAK: Awang Tengah melihat transaksi jualan produk usahawan Sarawak semasa prapelanca­ran Sarawak Product Pavillion di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia