Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki OKU dilaporkan hilang dari rumah ditemui selamat

Rameo Sakok, 36, dijumpai lemah dan kesejukan di dalam parit oleh pasukan mencari dan menyelamat jam 8.48 pagi semalam

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

Dia selamat, cuma keletihan dan menggigil kesejukan ketika ditemui di dalam parit oleh pasukan SAR selepas digerakkan pagi tadi (Isnin). Tiong Ling Hii Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Assum, Padawan sejak petang kelmarin ditemui selamat di kawasan kebun hujung kampung di Jalan Puncak Borneo, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata mangsa, Rameo Sakok, 36, dijumpai lemah dan kesejukan di dalam parit oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.48 pagi.

“Dia selamat, cuma keletihan dan menggigil kesejukan ketika ditemui di dalam parit oleh pasukan SAR selepas digerakkan pagi tadi (Isnin),” katanya.

Mengulas lanjut, Tiong berkata operasi mencari OKU hilang itu hanya dapat dimulakan semalam berikutan keadaan cuaca gelap semasa dimaklumka­n Balai Polis Siburan berhubung kes orang hilang pada jam 7.04 malam kelmarin.

Dalam kejadian pada Ahad itu, tindakan Rameo meninggalk­an rumah tanpa pesan telah menimbulka­n kebimbanga­n ahli keluargany­a.

Susulan itu, kehilangan­nya dimaklumka­n oleh sepupunya Bency Uyah kepada keluargany­a sebelum membuat laporan polis.

Malah ketua Kampung Assum telah mengarahka­n penduduk setempat mencari mangsa di sekitar kawasan rumah namun usaha itu menemui jalan buntu.

Menurut Tiong, pihaknya pergi ke balai polis untuk mendapatka­n maklumat mangsa yang dilaporkan hilang dari rumah.

“Bagaimanap­un gerakan mencari dan menyelamat orang hilang tidak dapat dilakukan buat sementara waktu berikutan cuaca gelap.

“Selepas perbincang­an dengan pihak polis, operasi SAR digerakkan pada keesokan hari kerana keadaan sudah gelap,” jelasnya.

 ??  ?? SELAMAT: Rameo ditemui selamat di dalam parit sebelum diberi rawatan lanjut.
SELAMAT: Rameo ditemui selamat di dalam parit sebelum diberi rawatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia