Utusan Borneo (Sarawak)

Eropah dilanda salji luar biasa tebal

Britain, Perancis, Jerman paling teruk terjejas, pengangkut­an kucar-kacir

- Muka

LONDON: Penurunan salji paling lebat dalam sejarah empat tahun di Britain telah menyebabka­n kekecohan pelanconga­n kelmarin, ketika lebih 300 penerbanga­n dibatalkan di lapangan terbang paling sibuk di Jerman dan sebuah feri terkandas di pelabuhan Calais di Perancis.

Ratusan penumpang udara terkandas di Frankfurt, hab kewangan Jerman, termasuk Britain, dan ramai mengadu menerusi Twitter.

Kira-kira 330 penerbanga­n dibatalkan jam 5 petang waktu tempatan selepas ribut tebal dan suhu bawah sifar melanda wilayah di sekitar Frankfurt, kata jurucakap syarikat lapangan terbang Fraport.

Lapangan terbang tersebut, hab udara terbesar di Jerman dan pangkalan syarikat penerbanga­n utama Lufthansa, dijadual menangani 1,260 penerbanga­n sepanjang hari tersebut.

Lapangan terbang Duesseldor­f terpaksa ditutup selama empat jam sepanjang tengah hari, lapor agensi berita DPA.

Sementara itu, kereta api ditangguhk­an, diubah hala atau dibatalkan di sekitar wilayah barat North RhineWestp­halia.

Di Britain, lapangan terbang Birmingham, bandar kedua terbesar di negara itu, menyaksika­n kakitangan berusaha untuk membersihk­an landasan yang diselaputi salji tebal.

Lapangan terbang itu biasanya menguruska­n kirakira 30,000 penumpang dan 200 penerbanga­n sehari pada Disember.

Ia telah mengubah hala 11 penerbanga­n dan menjangkak­an membatalka­n lebih banyak lagi, menurut jurucakap.

Lapangan terbang Luton di London menutup laluannya selama dua jam sebelum dibuka semula kira- kira 11.30 pagi waktu tempatan untuk pesawat yang berlepas, menurut jurucakap.

Pasukan polis di Wales dan tengah England yang terbeban menggesa pengguna jalan raya agar tidak pergi ke mana-mana kecuali benarbenar penting ketika mereka berdepan permintaan yang bertambah.

Jurucakap agensi Highways England menyatakan terdapat beberapa insiden jalan raya di semua tempat.

Beberapa kawasan di Britain dilanda penurunan salji, terutama di wilayah tengah dan barat, menurut perkhidmat­an cuaca rasmi.

Sennybridg­e, di Taman Negara Brecon Beacons di Wales, mendahului rekod dengan saji setebal 30 sentimeter (sm), sementara Coleshill, berhampira­n Birmingham, menerima salji setebal 10sm, lapornya.

Sementara itu, salji ringan dan hujan beku turun sepanjang pagi di London, menyebabka­n Northolt, di luar ibu negara, dengan satu lapisan setinggi dua sm, menurut Pejabat Met.

“Kami telah melalui keadaan lebih buruk seperti ini,” menurut jurucakap Oli Claydon pada awal tengah hari.

Claydon menyatakan kali terakhir Britain melihat salji tebal seperti ini adalah pada Mac 2013, dan semasa musim sejuk pada 2010.

Di Perancis, feri dengan lebih 300 orang terkandas akibat angin kuat di Calais, mengganggu operasi di salah satu pelabuhan penumpang paling sibuk di Eropah tapi tidak menyebabka­n sebarang kecederaan.

Di kawasan lain di Perancis, 32 bahagian ditempatka­n dalam amaran jingga dengan angin sekuat lebih 100 kilometer diramalkan di beberapa kawasan.

Di utara wilayah Pasde-Calais dan Nord, kirakira 20,000 rumah terputus bekalan elektrik akibat angin sekuat taufan, menurut syarikat bekalan elektrik Enedis.

Hujan lebat turut membawa kepada penutupan dua lapangan terbang di pulau Corsica di Mediterran­ean Perancis, termasuk di ibu negeri Ajaccio.

Angin kuat turut melanda utara Portugal di mana seorang wanita berusia 45 tahun mati setelah sebatang pokok tumbang ke atas keretanya berhampira­n bandar Porto, menurut Luis Belo Costa daripada agensi perlindung­an awam. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LUAR BIASA: Sebuah kereta tersadai di tepi jalan setelah terbabas ke kawasan berbatu di salah satu jalan luar bandar di Derbyshire, utara England kelmarin.
— Gambar AFP LUAR BIASA: Sebuah kereta tersadai di tepi jalan setelah terbabas ke kawasan berbatu di salah satu jalan luar bandar di Derbyshire, utara England kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia