Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 10,000 bantah k’jaan Romania

- Muka

BUCHAREST: Lebih 10,000 menempuh suhu amat sejuk kelmarin untuk mengadakan protes di sekitar Romania bagi mengecam kerajaan sayap kiri kerana berubah fikiran terhadap usaha menentang kegiatan rasuah.

Penunjuk perasaan menuntutpe­ngunduranp­erundangan yang dicadangka­n yang akan mengubah sistem kehakiman dan mengurangk­an kuasa direktorat antirasuah disegani DNA.

Di Dataran Kejayaan di tengah Bucharest, ribuan berkumpul membawa bendera Kesatuan Eropah dan Romania serta melaungkan ‘Letak jawatan’, sementara pihak pemerintah Social Democrats ( PSD) digelar ‘wabak merah’.

“Mereka telah melakukan segala-galanya supaya mereka boleh mencuri secara sah.

“Mereka mengubah undang- undang mengikut kehendak mereka, bukan atas kepentinga­n negara,” menurut seorang lelaki berusia 36 tahun.

Pada minggu ini, pendakwa raya umum Romania Augustin Lazar menyelar tindakan untuk melemahkan kebebasan pihak pendakwa raya.

Bantahan melihat ribuan berkumpul di jalanan Bucharest, manakala lebih 2,000 melakukan bantahan di bandar tengah Sibiu dan bandar barat Timisoara.

PSD kembali berkuasa selepas menang besar pilihan raya Disember lepas sebelum membatalka­n pelan meminda undang-undang antirasuah pada Februari ekoran bantahan terbesar sejak diktator komunis Nicolae Ceausescu digulingka­n dan dihukum mati pada 1989. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Ribuan membanjiri pekarangan ibu pejabat kerajaan di Buchares, kelmarin.
— Gambar AFP PROTES: Ribuan membanjiri pekarangan ibu pejabat kerajaan di Buchares, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia