Utusan Borneo (Sarawak)

SEB terima Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri untuk Anugerah Ketua Menteri

-

KUCHING: Inisiatif Sarawak Energy Berhad (SEB) menjadi ‘Best In Class’ berhasil apabila dianugerah­kan Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri untuk Anugerah Ketua Menteri 2017 bagi kategori emas sempena Hari Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif SEB Aisah Eden menerima penghormat­an itu bagi pihak Sarawak Energy daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

SEB muncul sebagai pemenang keseluruha­n kategori ini, sebagai pengiktira­fan terhadap prestasi dan kecemerlan­gan operasi mereka.

Ketua Eksekutif Operasi Kumpulan SEB Sharbini Suhaili berkata: “Anugerah ini adalah pengesahan usaha dan ketabahan yang ditunjukka­n oleh pasukan kami.

“Justeru, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada kerajaan negeri atas pengiktira­n ini yang merupakan dorongan penting bagi pasukan untuk melakukan lebih baik ketika kami berusaha memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.”

Aisah pula berkata: “Kami telah dinilai 14 panel penilai pada Oktober atas kepimpinan dan prestasi organisasi keseluruha­n kami, kecemerlan­gan budaya organisasi, kewangan, pengurusan pelanggan, sumber manusia serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pencapaian dan pengiktira­n yang diterima sejak dua tahun lalu.”

Penilai diketuai oleh pengarah Unit Pemodenan Tadbir dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia ( MAMPU) Cawangan Sarawak dan pegawai-pegawai Jabatan Ketua Menteri.

 ??  ?? TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah sempena Hari Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak kepada Aisah di Kuching, baru-baru ini.
TAHNIAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah sempena Hari Perkhidmat­an Awam Negeri Sarawak kepada Aisah di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia