Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat merupakan pembekal utama gas asli cecair untuk MLNG, ABF, SMDS dan SEB

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Petronas Carigali Sarawak Gas Sdn Bhd yang mula beroperasi di Bintulu pada April 2016 merupakan pembekal utama gas asli cecair untuk pelanggann­ya iaitu Malaysia LNG ( MLNG), ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF), Shell MDS ( SMDS) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) menerusi rangkaian yang ditubuhkan.

Ketua Sarawak Gas Petronas Carigali Sdn Bhd Morris Mail berkata, Petronas Carigali Sarawak Gas menguruska­n operasi luar pantai khususnya Loji Bersepadu Terminal Bintulu dan Terminal Minyak Mentah Bintulu (BCOT).

“Tujuan mewujudkan Sarawak Gas adalah untuk membolehka­n kami lebih menonjol dalam penukaran gas di Bintulu dan Petronas sedia maklum gas asli cecair (LNG) yang membabitka­n

Tujuan mewujudkan Sarawak Gas adalah untuk membolehka­n kami lebih menonjol dalam penukaran gas di Bintulu dan Petronas sedia maklum gas asli cecair (LNG) yang membabitka­n penukaran gas di Bintulu amat bernilai kepada keseluruha­n operasi Petronas.

penukaran gas di Bintulu amat bernilai kepada keseluruha­n operasi Petronas,” ujarnya dalam perkongsia­n maklumat mengenai kewujudan Petronas Carigali Sarawak Gas sempena Majlis Makan Malam Pra-Krismas bersama pihak berkepenti­ngan melibatkan agensi kerajaan dan media di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Disebabkan itu katanya, untuk memfokuska­n kepada bekalan gas tanpa gangguan kepada pelanggan terutama MLNG, ABF, SMDS dan SEB serta pelanggan menerusi rangkaian Petronas Gas, maka ditubuhkan Petronas Carigali Sarawak Gas yang beroperasi April tahun lepas.

“Aspirasi kami adalah menjadi pengendali gas bersepadu utama dunia dan misi kami untuk menerapkan Kesiha- tan, Keselamata­n dan Alam Sekitar (HSE) supaya dapat mencapai standard tinggi dan komited dalam pembanguna­n dan pengeluara­n sumber gas.

“Selain itu, kami mahu memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan gas boleh diharapkan menerusi rangkaian bersepadu serta kemahiran yang ada, selain tidak lupa mengasah kemahiran anak tempatan Sarawak.

“Kami ada peta laluannya dan fokus kawasan yang ditekankan untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pada majlis tersebut, Morris memperkena­l kumpulan pemimpin yang menerajui Petronas Carigali Sarawak Gas.

“Kami juga menguruska­n RM1.5 bilion gas cecair untuk pelanggan yang menyumbang kepada 30 peratus pembekalan MLNG, antaranya, 147 GCE (Gas Control Equipment) daripada kami.

“Anggaran hasil kami pada tahun ini adalah RM4.7 bilion dan kami menguruska­n tiga kontrak pengeluara­n dengan 15 medan pengeluara­n gas dan tujuh lagi dalam pembinaan.

“Keseluruha­n perbelanja­an modal (CAPEX) dan kos operasi (OPEX) masing-masingnya mencecah RM1 bilion.

“Kami mempunyai 864 kakitangan termasuk mereka yang bekerja di luar pantai, lima pelantar pemproses, 21 pelantar penggerudi­an serta menguruska­n lebih 1,400 kilometer saluran paip yang jika disambung kesemuanya boleh sampai ke Kuching,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain katanya, pihaknya turut menyokong aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan tahun ini mereka melaksanak­an program sendiri berkaitan inovasi kitar semula di sekolah.

“Kami merancang untuk membentuk golongan inovatif yang mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar, mengurangk­an bahan buangan serta membentuk individu yang berfikir secara kreatif untuk menggunaka­n bahan kitar semula.

“Kami turut menjalin hubungan dengan Persatuan Nelayan Bintulu serta menyertai aktiviti kelolaan rakan kami di MLNG dan ABF, antaranya, sambutan Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain,” katanya.

Morris Mail Ketua Sarawak Gas Petronas Carigali Sdn Bhd

 ??  ?? PROGRAM CSR: Jiwari (duduk, dua kiri) bersama Nyabong (duduk, kiri) berbual dengan pesakit yang menjalani pembedahan sambil diperhatik­an Jamit (berdiri, kiri) serta yang lain.
PROGRAM CSR: Jiwari (duduk, dua kiri) bersama Nyabong (duduk, kiri) berbual dengan pesakit yang menjalani pembedahan sambil diperhatik­an Jamit (berdiri, kiri) serta yang lain.
 ??  ?? MORRIS
MORRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia