Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS agih risalah kebersihan tandas kepada premis makanan, kedai kopi

-

KUCHING: Meletakkan kebersihan tandas sebagai antara keutamaan di bandar raya ini, Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) telah melaksanak­an inisiatif dengan mengagihka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada premis makanan atau kedai kopi di sekitar kawasan seliaannya.

Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy Othman berkata, usaha tersebut bagi meningkatk­an lagi kesedaran khususnya kepada orang ramai untuk bersama-sama menjaga kebersihan tandas.

“Kebersihan tandas adalah tanggungja­wab bersama dan setiap orang harus menjadikan ia sebagai amalan kerana tandas yang bersih mencermink­an kebersihan masyarakat kita sekali gus memberi imej baik kepada bandar raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengagihka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada enam kedai kopi di Tabuan Tranquilit­y, dekat sini semalam.

Menurut Hilmy, kedai kopi menjadi tumpuan utama MBKS untuk meningkatk­an amalan kebersihan tandas kerana ia adalah tempat yang dikunjungi orang ramai.

Katanya, setiap kedai kopi yang telah diagihkan dengan risalah tersebut harus melekatkan­nya di tandas masingmasi­ng agar ia dapat dibaca dan memberi kesedaran kepada orang ramai untuk bersamasam­a menjaga kebersihan tandas.

“Kami (MBKS) berharap risalah ini akan dapat menggalakk­an orang ramai menggunaka­n tandas dengan betul dan sentiasa memastikan ia bersih selepas digunakan,” katanya.

 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Hilmy (kanan) bersama pegawai MBKS dan pemilik premis makanan selepas melekatkan risalah mengenai kebersihan tandas di sebuah premis makanan di Tabuan Tranquilit­y, Kuching semalam.
JAGA KEBERSIHAN: Hilmy (kanan) bersama pegawai MBKS dan pemilik premis makanan selepas melekatkan risalah mengenai kebersihan tandas di sebuah premis makanan di Tabuan Tranquilit­y, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia