Utusan Borneo (Sarawak)

SEB jayakan CSR babit 122 pesakit di Hospital Kapit

-

KAPIT: Projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Sarawak Energy Berhad ( SEB) di Hospital Kapit memberi manfaat kepada 122 pesakit yang mengalami masalah penglihata­n, menurut pegawainya semalam.

Kesemua 122 pesakit terbabit adalah warga emas yang menghadapi masalah penglihata­n dan telah menjalani pembedahan secara percuma.

Penolong Pengurus Besar CSR SEB Jiwari Abdullah berkata, kesemua pesakit dirawat enam doktor pakar sepanjang tempoh tiga hari program tersebut bermula semalam hingga Ahad.

“Program CSR ini dianjurkan bersama SEB dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM),” ujarnya kepada pemberita di Hospital Kapit.

Daripada 122 pesakit itu, 96 pesakit menjalani pembe- dahan katarak sementara 26 pesakit lagi menjalani pembedahan ‘pterygium’.

“Program CSR ini amat bermakna kepada pesakit katarak di bahagian ini terutama perkhidmat­an pembedahan secara percuma.

“Selain itu, kita membawa enam doktor pakar dengan tiga daripadany­a dari Kuching, dua dari Semenanjun­g dan seorang dari Miri bagi memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.

“Kesemua doktor pakar ini akan memberi perkhidmat­an pembedahan katarak secara percuma kepada pesakit sepanjang tiga hari program,” katanya.

Jiwari berkata, program CSR itu julung kalinya diadakan di Sarawak dan SEB membelanja­kan lebih RM200,000.

“Kita berharap penganjura­n program CSR seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat penduduk di luar bandar,” ujarnya.

Sejak beberapa bulan lepas, SEB membawa Pasukan Perubatan Sukarelawa­n KKM untuk membuat pemeriksaa­n ke atas pesakit katarak yang tinggal di rumah panjang di kawasan pedalaman Baleh.

“Kita membantu menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n katarak kerana kita tahu mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman dan sukar untuk pergi ke Hospital Kapit.

“Selepas kita mendapati mereka mengalami masalah katarak, baharulah kita mempelawa mereka menjalani pembedahan seperti hari ini,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat dan ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia