Utusan Borneo (Sarawak)

Kecualikan PDK di Sarawak berdaftar dengan ROS Sejumlah 36,524 OKU akan terjejas jika Pusat Pemulihan Dalam Komuniti negeri ini dikehendak­i berbuat demikian

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Sejumlah 36,524 orang kurang upaya (OKU) bakal terjejas jika Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Sarawak dikehendak­i berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, hal itu akan memberi impak besar ke atas golongan OKU yang kini mendapat manfaat daripada 51 PDK di seluruh negeri.

“Kita minta pengecuali­an kerana dalam konteks Sarawak, ia (berdaftar dengan ROS) bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya kepada Utusan Borneo setelah selesai Majlis Sejambak Kasih Krismas di Stadium Perpaduan Dalat, semalam.

Perkara itu dibimbangi menjadikan semua PDK di negeri ini terjejas dan impak paling ketara adalah kepada golongan OKU kerana tidak semua atau sebahagian sahaja PDK di negeri ini yang boleh mengikut syarat ditetapkan ROS.

Perkara itu kata Fatimah, su- dah dibincangk­an di peringkat kabinet dan telah dipersetuj­ui untuk meminta dikecualik­an pendaftara­nnya.

Menerangka­n lebih lanjut, beliau menyatakan bahawa arahan atau notis daripada Jabatan Pembanguna­n Orang Kurang Upaya ( JPOKU) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) mengkehend­aki semua PDK didaftarka­n dengan ROS sebelum atau pada 31 Disember depan.

Sebelum ini, kewujudan setiap PDK hanyalah dilulus atau didaftarka­n dengan JPOKU di bawah JKMM.

“Sebagai penyelesai­annya, kita meminta semua PDK Sarawak dibenarkan beroperasi dengan modus operandi alternatif,” ujarnya.

Ini katanya, boleh dilaksanak­an dengan menubuhkan PDK induk yang berdaftar dengan ROS manakala PDK lain hanya perlu berdaftar dengan PDK induk.

“PDK adalah tempat untuk golongan OKU mendapatka­n kemahiran, belajar berdikari dan ia adalah segala-galanya bagi mereka, kita hanya fikirkan kepentinga­n ini,” ujarnya.

Fatimah tidak mahu melihat PDK yang tidak dapat memenuhi syarat serta kelulusan ROS ditutup begitu sahaja.

“Sekiranya sesebuah PDK itu dibatalkan ( jika tidak mengikut syarat daftar ROS) maka gelaplah masa depan golongan OKU yang bergantung hidup dengan PDK,” tambahnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Anak-anak OKU PDK Dalat merakam kenangan bersama Fatimah (tengah) setelah selesai majlis berkenaan.
UNTUK ALBUM: Anak-anak OKU PDK Dalat merakam kenangan bersama Fatimah (tengah) setelah selesai majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia