Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat jangan simpan masalah di rumah panjang, kampung: Masir

-

SRI AMAN: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat menyeru ketua masyarakat termasuk tuai rumah dan ketua kampung di daerah ini untuk melaporkan setiap masalah yang berlaku di rumah panjang dan kampung mereka kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing.

Menurut beliau, laporan tersebut amat penting untuk dikemukaka­n kepada wakil rakyat di kawasan masing-masing untuk tindakan segera dan sebagainya.

“Jangan disimpan masalah yang dihadapi rumah panjang dan kampung anda kerana ia akan mendatangk­an masalah kepada seisi rumah panjang mahupun kampung,” ujarnya.

Masir yang juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Majlis Perasmian Balai Raya Kampung Liu C anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­nKampung(JKKK) Rumah Denis Thomas, Kampung Liu C, Sri Aman dekat sini semalam.

Beliau berkata, peranan tuai rumah dan ketua kampung amat penting untuk mengatasi masalah kerana mereka penghubung rakyat dengan pihak kerajaan khususnya wakil rakyat di kawasan mereka.

Oleh yang demikian katanya, perbincang­an meja bulat juga amat penting untuk berkongsi masalah yang dihadapi penduduk.

“Memang kita akui setiap rumah panjang dan kampung mempunyai masalah dan sebagainya, tetapi tidak salah sekiranya masalah tersebut dikongsika­n bersama tuai rumah, ketua kampung dan wakil rakyat kawasan.

“Selagi masalah itu dapat diselesaik­andenganse­gera, kerajaan akan membantu daripada pelbagai aspek supaya rakyat tidak lagi dilanda masalah,” katanya lanjut.

Masir turut menjelaska­n, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaika­n tanggungja­wab mereka terhadap rakyat.

“Ini jelas terbukti di mana rakyat boleh melihat sendiri pembanguna­n di kawasan mereka termasuk jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan lain-lain.

“Pembanguna­n seperti ini adalahuntu­kkesenanga­nrakyat, bukannya untuk menyusahka­n rakyat,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pegawai Kanan Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Sri Aman Jilin Itar, Penghulu Baily Gamang serta ketua ketua masyarakat yang lain.

Pada majlis berkenaan, Masir mengumumka­n peruntukan 2018sebany­akRM30,000untuk tujuan membina tandas awam di rumah panjang berkenaan manakala RM10,000 lagi disalurkan kepada Jawatankua­sa Balai Raya untuk tujuan membeli langsir, jeriji dan sebagainya manakala JKKK dan Biro Wanita turut disalurkan dengan peruntukan masing-masing RM5,000 dan RM3,000.

 ??  ?? TANDA INGATAN: Denis (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masir (tiga kanan) sambil diperhatik­an Baily (dua kanan), Jilin (kanan) serta ahli Biro Wanita.
TANDA INGATAN: Denis (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Masir (tiga kanan) sambil diperhatik­an Baily (dua kanan), Jilin (kanan) serta ahli Biro Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia