Utusan Borneo (Sarawak)

Harus gigih merebut segala peluang sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, kata Ainilkasma

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING:Semua kontraktor kelas F di negeri ini disaran lebih proaktif dan tidak hanya bergantung kepada kontrak kerajaan di daerah masing-masing.

Ketua Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Cawangan Sarawak Ainilkasma Derim berkata, mereka harus berusaha gigih dengan merebut segala peluang yang ada di seluruh negeri ini sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

“Selain itu, mereka (kontraktor kelas F) juga perlu terus berusaha meningkatk­an keupayaan di samping memantapka­n lagi strategi pemasaran dalam syarikat masing-masing.

“Ketika ini terdapat banyak peluang sama ada daripada agensi kerajaan atau swasta yang boleh dimanfaatk­an golongan kontraktor di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian

Selain itu, mereka (kontraktor kelas F) juga perlu terus berusaha meningkatk­an keupayaan di samping memantapka­n lagi strategi pemasaran dalam syarikat masing-masing. Ainilkasma Derim Ketua BPKU Cawangan Sarawak

ketika merasmikan Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera dan Bengkel Aplikasi Centralize­d Infomation Management System (CIMS) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Seramai 120 kontraktor kelas F menyertai kursus selama sehari itu, yang turut dihadiri Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF)Sarawak Hussaini Bujang.

Dalam pada itu, Anil turut menggesa kontraktor kelas F di negeri ini mengambil bahagian dalam projek pembinaan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang diuaruarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Menurutnya, terdapat lebih 900 kontraktor kelas F berdaftar di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, diharapkan kontraktor- kontraktor terbabit akan melihat projek ini sebagai satu peluang besar untuk syarikat mereka menjana sekali gus menambahka­n lagi pendapatan sedia ada,” ujarnya.

 ??  ?? KURSUS: Ainil dan Husaini (dua kanan) berbual mesra dengan peserta Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera dan Bengkel Aplikasi CIMS di Kuching, semalam.
KURSUS: Ainil dan Husaini (dua kanan) berbual mesra dengan peserta Kursus Asas Pemahaman Taraf Bumiputera dan Bengkel Aplikasi CIMS di Kuching, semalam.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Andrew Wong (kanan) menyerahka­n pendingin hawa kepada Ivy Yong (kiri) sambil diperhatik­an Andrew Shilling serta yang lain.
TERIMA KASIH: Andrew Wong (kanan) menyerahka­n pendingin hawa kepada Ivy Yong (kiri) sambil diperhatik­an Andrew Shilling serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia