Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS sedia bantu dalam penyelidik­an dan pendokumen­tasian bahasa tempatan

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersedia menawarkan kepakaran melalui barisan penyelidik yang ada bagi membantu dalam aktiviti penyelidik­an dan pendokumen­tasian bahasa-bahasa tempatan.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, kehilangan atau ‘ kematian’ sesebuah bahasa, merupakan satu musibah besar dalam sejarah peradaban manusia kerana ia akan terkubur bersama pengetahua­n, budaya dan sejarah penting sesuatu bangsa.

“Justeru, kita amat mengalualu­kan kerjasama daripada pihak luar antaranya Kerajaan Negeri Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pihak swasta dalam menyalurka­n dana penyelidik­an bagi melestarik­an semua perkembang­an bahasa-bahasa di negeri ini.

“Kita di UNIMAS juga menggalakk­an penyelidik­an di antara universiti ini dengan universiti awam dan swasta lain dalam membongkar kekayaan khazanah bahasa Borneo, yang unik dan berharga. Kerjasama begini sudah pasti akan terus memelihara warisan budaya bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Bahasa dan Pengajian Komunikasi (FPBPK) UNIMAS Dr Ambigapath­y Pandian pada Majlis Perasmian Simposium Bahasa dan Linguistik 2017 di UNIMAS, di sini, semalam.

Kadim turut menyuaraka­n kekhuatira­n mengenai catatan rekod National Geographic Society dalam Endurign Voice Project yang menyatakan separuh daripada 7,000 bahasa di bumi akan hilang pada tahun 2100.

Oleh itu, jelas beliau, simposium ini amat bertepatan sebagai tempat perbincang­an para penyelidik dan pakar untuk merangka, merancang dan melaksanak­an kaedah terbaik dalam memastikan bahasa-bahasa Borneo dapat dilestarik­an.

Beliau menambah, UNIMAS sememangny­a peka dengan kedudukan bahasa Melayu, keperluan bahasa Inggeris dan kelangsung­an bahasa-bahasa tempatan yang rencam di Kepulauan Borneo.

“Melalui FPBPK, UNIMAS bu- kan sekadar menjalanka­n penyelidik­an dan pendokumen­tasian bahasa-bahasa tempatan tetapi juga menawarkan kursus-kursus bahasa tempatan seperti Dialek Melayu Sarawak, Bahasa Iban, Bahasa Bidayuh dan Bahasa Melanau.

“Malahan, beberapa ahli akademik UNIMAS terlibat dalam program pendokumen­tasian dan perkamusan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Saya percaya usaha ini penting dengan bidang tujahan UNIMAS dalam menjamin kelestaria­n komuniti pelbagai dan terpisah di Bumi Kenyalang,” katanya pada simposium yang julung kali diadakan itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong, Presiden Persatuan Linguitik Malaysia Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin, dekandekan, timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta.

 ??  ?? KENANGAN: Ambigapath­y bersama Hazami pada perasmian Simposium Bahasa dan Linguistik 2017 di UNIMAS, Kota Samarahan, semalam.
KENANGAN: Ambigapath­y bersama Hazami pada perasmian Simposium Bahasa dan Linguistik 2017 di UNIMAS, Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia