Utusan Borneo (Sarawak)

KTS melancarka­n Tabung Pendidikan Sebanyak RM2,196,849 diperuntuk­kan biayai 61 penerima lanjut pengajian di IPT

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kumpulan Syarikat KTS melancarka­n Tabung Pendidikan Kakitangan KTS BLD semalam sempena Ulang Tahun Ke55.

Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau berkata untuk itu, sebanyak RM2,196,849 diperuntuk­kan bagi membiayai 61 penerima melanjutka­n pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Tabung ini dilancarka­n untuk membantu anak-anak anda (kakitangan Kumpulan Syarikat KTS) termasuk anda sendiri melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Untuk tahun pertama ini, kita menyalurka­n lebih RM2 juta untuk 61 penerima melanjutka­n pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Inilah tanggungja­wab kita terhadap kakitangan dan ahli keluarga dalam membantu mereka mendapatka­n pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-55 Kumpulan Syarikat KTS di Hotel Waterfront di sini malam tadi.

Pada majlis itu, Lau turut melancarka­n penubuhan Tabung Pendidikan Kakitangan KTS BLD dan menyampaik­an Anugerah Pendidikan Kakitangan KTS BLD.

Antara bidang pengajian yang dibiayai di bawah tabung itu ialah e- dagang, pertanian, perikanan, pengurusan ekonomi, pentadbira­n awam, perundanga­n, kewartawan­an dan banyak lagi.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Setia kepada 180 kakitangan KTS yang telah lama berkhidmat.

Hadir sama isteri Dato Henry Lau, Datin Wendy Lau, Timbalan Pengarah Urusan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau dan Stephen Lau serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA: Lau (kiri) menyampaik­an Anugerah Pendidikan Kakitangan KTS BLD kepada penerima.
GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA: Lau (kiri) menyampaik­an Anugerah Pendidikan Kakitangan KTS BLD kepada penerima.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Penguang (tengah) merakam kenangan bersama para peserta kursus.
UNTUK ALBUM: Penguang (tengah) merakam kenangan bersama para peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia