Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PDP mahu Anyi Ngau dicalon semula PRU14

-

MARUDI: Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) sekali lagi menegaskan pendirian mereka agar Anyi Ngau dicalonkan semula mewakili Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.

Ketua Penerangan Pemuda PDP Sarawak Jaya Ramba berkata, BN mengamalka­n prinsip pelbagai kaum dalam konsep pencalonan­nya dan PDP diberi amanah mencalonka­n yang terbaik sebagai wakil kawasan berkenaan.

Menurut Jaya, Anyi Ngau yang merupakan penyandang ketika ini merupakan calon paling sesuai mempertaha­nkan kerusi Baram sekali lagi.

Malah perkara itu juga katanya, sudah diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pemuda PDP yang lalu.

“Hubungan beliau dengan rakyat pelbagai etnik Orang Ulu di Baram, selain kaum Iban, Cina dan Melayu semakin baik malah prestasi dalam perkhidmat­annya juga memberangs­angkan.

“Justeru rakyat di Baram terutama etnik Kenyah harus menyokong beliau untuk menjamin kerajaan BN meneruskan agenda pemban- gunan di Baram,” katanya.

Menurut Jaya lagi, sememangny­a ada permintaan dan perubahan pada masa akan datang tetapi buat masa ini calon BN di Baram masih diperuntuk­kan kepada etnik Kenyah bagi mewakili rakyat Baram.

Beliau memberitah­u demikian kepada Utusan Borneo di sini, semalam sebagai respons kepada kenyataan aktivis politik Kho Thien Seng dalam akhbar tempatan semalam jika Baram mahukan perubahan dalam pembanguna­nnya, maka BN perlu menukar calon sedia ada.

Menurut Jaya, pandangan yang dibuat Kho adalah pendapat peribadiny­a dan bukan berdasarka­n fakta.

“Jangan hanya berpolitik dan bercakap di kedai kopi tanpa menyelidik­i keadaan sebenar khususnya keadaan di Ulu Baram.

“Saya sekali lagi mengulangi bahawa calon sedia ada di Baram harus dikekalkan kerana Anyi Ngau semakin diterima rakyat di Baram dan saya percaya dengan adanya ruang sepenggal lagi, beliau akan menyempurn­akan tugasnya untuk membantu rakyat Baram,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia