Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Chee Kadir dipilih sebagai ketua PBB Kabong

-

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir dipilih sebagai Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong dalam persetujua­n sebulat suara ahli PBB Kabong pada Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahun Sekali PBB Kabong di Dewan Polis Kabong, kelmarin.

Bagi jawatan timbalan ketua cawangan, Kaunselor Alwi Sepali menang tanpa bertanding.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Roslan Bujang yang menewaskan dua pencabarny­a iaitu Kaunselor Rabaiee Sabki dan Kaunselor Kanchil Andong.

Jawatan ketua wanita pula menjadi milik Loha Idi manakala Normah Ahmadi menjadi timbalanny­a.

Pada mesyuarat berkenaan, ketua cawangan melantik semula setiausaha terdahulu iaitu Senen Wang.

Seramai 19 ahli jawatankua­sa turut dilantik mewakili setiap ranting PBB Kabong.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Mohd Chee berharap kepimpinan yang baharu dipilih dapat menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab yang telah diamanahka­n kepada mereka dengan sebaik mungkin.

“Bagi yang tidak terpilih, kita berharap mereka terus berganding bahu bersama parti, jangan kecewa dan jangan buang batu dengan parti.

“Teruskan berkhidmat untuk parti dan menyokong pucuk pimpinan PBB demi memastikan kelangsung­an kepimpinan PBB yang telah sekian lama membuktika­n kewibawaan menerajui Sarawak.

“Kukuhkan perjuangan parti kerana perpaduan akan membawa impak positif,” katanya.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut Naib Presiden PBB Datuk Abdul Wahab Aziz yang juga ADUN Kalaka.

 ??  ?? BERSATU: Ahli PBB Kabong bergambar bersama Wahab dan Mohd Chee sebaik selesai mesyuarat.
BERSATU: Ahli PBB Kabong bergambar bersama Wahab dan Mohd Chee sebaik selesai mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia