Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat harus baik, adil dan boleh dipercayai, kata Penguang

-

MARUDI: Ketua masyarakat dan kaum serta ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) harus memainkan peranan mengurus hal ehwal penduduk dan pembanguna­n di kawasan masing- masing dengan baik, adil dan saksama.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, sebaik dilantik memegang jawatan, semua mata akan tertumpu kepada mereka dengan penilaian turut dilakukan terhadap tanggung- jawab yang dipikul oleh mereka.

“Oleh sebab itu, anda perlu menunjukka­n kewibawaan yang baik, memikul tanggungja­wab dengan adil dan boleh dipercayai penduduk,” kata Penguang yang juga ADUN Marudi semasa berucap pada penangguha­n rasmi Kursus Kepimpinan Ketua Masyarakat/Kaum dan Ahli JKKK Kampung Kaum Melayu N.76 Marudi di Dewan Suarah Baram di sini.

Seramai 77 peserta dari kampung-kampung Melayu di sini menyertai kursus tersebut.

Penguang seterusnya mengingatk­an ketua masyarakat bahawa gerak- geri mereka sentiasa diperhatik­an penduduk setempat untuk dijadikan contoh.

Oleh yang demikian katanya, kursus seperti itu amat perlu untuk mendengar sendiri taklimat daripada pelbagai agensi kerajaan, selain tanggungja­wab yang digariskan untuk mereka serta mengisi profil setiap keluarga di bawah jagaan mereka.

Mengenai pilihan raya akan datang, beliau menasihati JKKK dan ketua kaum supaya memainkan peranan dan bekerjasam­a dengan calon Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan dan kesinambun­gan pembanguna­n khususnya bagi kawasan Marudi.

Turut hadir pada majlis tersebut Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Ketua Polis Daerah Baram DSP Gabriel Risut, Pegawai Tadbir (SAO) Reagan Edwin dan SAO Nancy Abau serta pengerusi pengelola Penghulu Edrews Abdul Ghapar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia