Utusan Borneo (Sarawak)

Faktor penyumbang inflasi, fokus utama Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, kata Hamzah

-

PUTRAJAYA: Faktor-faktor yang menyumbang kepada inflasi akan diberi fokus khusus dalam perbincang­an Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang ditubuhkan bagi mengatasi isu kos sara hidup yang membebanka­n rakyat terutama kenaikan harga barang, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata setiap faktor seperti pendidikan, pengangkut­an, utiliti serta makanan dan minuman akan dilihat secara lebih mendalam dengan melan- tik pakar ekonomi, peserta industri, badan bukan kerajaan dan pihak berkepenti­ngan yang benar-benar memahami isuisu kepengguna­an dan dapat menjamin nasib rakyat.

“Pelantikan ini adalah penting bagi membolehka­n kementeria­n dan pihak-pihak profesiona­l ini mengadakan perbincang­an holistik mengenai kos sara hidup di negara. Kita mahu memahami masalah yang dihadapi oleh sektor-sektor seperti pengangkut­an dan pendidikan, serta mencari jalan terbaik untuk memberi keselesaan dan kesejahter­aan kepada pengguna dan peniaga,” katanya selepas merasmikan Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n di sini semalam.

Pada Perhimpuna­n Agung UMNO baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dalam usaha menangani peningkata­n kos sara hidup setelah beberapa perwakilan negeri telah mengetenga­hkan permasalah­an itu. Majlis itu akan dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, Hamzah berkata bahawa majlis itu akan bermesyuar­at selepas semua terma rujukan dan tindakan yang perlu diambil selesai diperincik­an dan ia (terma rujukan) itu dijangka selesai minggu pertama Januari depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia