Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak ada alasan untuk bandar raya ini mempunyai seorang datuk bandar sahaja pada masa sekarang, kata Hilmy

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Timbalan Datuk Bandar Majis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Hilmy Othman berpendapa­t sistem dua datuk bandar di Kuching berfungsi dengan baik dan tidak memerlukan perubahan.

Beliau menegaskan, keduadua datuk bandar MBKS dan Dewan Bandaraya Kuching Utara ( DBKU) sudah berkhidmat dengan baik.

“Isu seorang datuk bandar untuk Kuching sudah timbul bertahun-tahun, sejak bandar raya ini dibentuk lagi.

“Namun selama ini, kedua-dua datuk bandar telah berkhidmat dengan sistem penyampaia­n perkhidmat­an yang sangat baik.

“Jadi, mengapa perlu menukar sistem yang sudah terpelihar­a,” katanya ketika

Isu seorang datuk bandar untuk Kuching sudah timbul bertahun-tahun, sejak bandar raya ini dibentuk lagi. Hilmy Othman Timbalan Datuk Bandar MBKS

ditemui semalam.

Kuching yang diberi status bandar raya pada 1 Ogos 1988, juga mempunyai Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dan DBKU, selain MBKS.

Dalam pada itu, Hilmy menambah, tidak ada alasan untuk Kuching mempunyai hanya seorang datuk bandar pada masa ini.

Bagaimanap­un, beliau menyifatka­n isu tersebut amat sensitif dan sudah pasti mendapat penelitian daripada kerajaan negeri.

Isu Kuching mempunyai hanya seorang datuk bandar dibangkitk­an pada Bengkel Bandar Raya Perpaduan di Pustaka Negeri baru-baru ini, di mana beberapa kumpulan mencadangk­an agar Kuching mempunyai hanya seorang datuk bandar, sekiranya mahu mencapai status sebagai Bandar Raya Perpaduan.

Terdahulu, Hilmy mengagihka­n risalah mengenai kebersihan tandas di enam premis makanan di Tabuan Tranquilit­y dekat sini untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang amalan menjaga kebersihan tandas.

 ??  ?? PERLU PERUBAHAN: Hilmy (tengah) menyerahka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada pemilik kedai sambil disaksikan pegawai MBKS yang lain.
PERLU PERUBAHAN: Hilmy (tengah) menyerahka­n risalah mengenai kebersihan tandas kepada pemilik kedai sambil disaksikan pegawai MBKS yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia