Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran ditutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan

-

KUCHING: Sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce ditutup berikutan tahap kebersihan­nya didapati tidak memuaskan.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim yang mengesahka­n penutupan itu, berkata orang ramai disaran tidak salah faham memandangk­an ia hanya tugas rutin harian pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Apabila staf daripada Pejabat Kesihatan Bahagian menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas premis tersebut didapati tahap kebersihan tidak memuaskan.

“Dengan akta yang ada, ia membolehka­n mereka mengeluark­an Notis Perintah Tutup untuk kerja- kerja pembersiha­n dilakukan di premis tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai sebaran melalui l aman sosial terdapat sebuah r e s t o r a n m a k a n a n segera di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce ditutup dan menerima Notis Perintah Tutup Premis Makanan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 pada Rabu lepas.

Dalam notis yang yang dinyatakan, restoran berkenaan ditutup selama 14 hari mulai 13 Disember hingga 29 Disember bagi membolehka­n pihak premis melakukan kerja- kerja pembersiha­n untuk pemeriksaa­n susulan.

Menurut Dr Jamilah, pemeriksaa­n ulangan juga akan dibuat di premis yang sama selepas itu.

B e l i a u b e r k a t a , s e k i r a n y a b e r p u a s hati dengan tahap kebersihan, maka Notis Perintah Tutup boleh diturunkan dan premis tersebut boleh beroperasi semula.

“Tugas rutin i ni dibuat untuk memastikan yang premisprem­is makanan adalah bersih dan makanan yang dihidang serta dijual kepada pelanggan adalah bersih dan selamat,” tegasnya.

 ??  ?? DR JAMILAH
DR JAMILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia