Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Subramania­m: KPDNKK boleh rampas susu palsu

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramania­m semalam berkata Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) berhak untuk terus merampas susu rumusan bayi disyaki palsu daripada kedai dan pasar raya.

Katanya, kementeria­n itu boleh merampas susu berkenaan kerana ia berkemungk­inan membahayak­an kesihatan pengguna.

“Kementeria­n Kesihatan membuat penyelidik­an makmal bagi menentukan kandungan sebenar susu tepung berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan upacara pecah tanah pembinaan hospital pertama Internatio­nal Medical University (IMU), di sini semalam.

“Penyelidik­an makmal itu akan mengambil masa dua minggu untuk mengetahui keputusann­ya dan kami akan sediakan laporan penuh secara terperinci tentang kandungan susu berkenaan bagi menunjukka­n bagaimana ia telah dicemari dan terbukti sebagai palsu,” katanya.

Khamis lepas, kira- kira 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 dirampas dalam lima serbuan di Johor.

Pengarah KPDNKK Johor, Khairul Anwar Bachok dilaporkan berkata kejayaan serbuan itu adalah hasil daripada aduan pengeluar susu tulen sejak Ogos.

“Ia berdasarka­n laporan yang diterima berkaitan seorang bayi muntah selepas minum susu palsu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan bertanggun­gjawab memastikan makanan yang dijual di pasaran selamat digunakan.

“Kementeria­n ini ingin menegaskan bahawa manamana susu rumusan bayi yang dijual mestilah mematuhi Seksyen 389 Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pengguna mempunyai sebarang keraguan tentang keselamata­n makanan, mereka boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri.

Mereka boleh juga mendapatka­n penjelasan dengan melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan melalui www.facebook.com/bkkmhg. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia