Utusan Borneo (Sarawak)

Caj skim insurans kesihatan sukarela lebih murah

-

KUALA LUMPUR: Skim insurans kesihatan sukarela (VHIS) yang akan dilaksanak­an kerajaan tahun depan adalah lebih murah berbanding skim insurans kesihatan swasta.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata VHIS lebih murah kerana ia dilaksanak­an menerusi agensi Kementeria­n Kesihatan dan tidak berasaskan keuntungan.

“Kadar insurans semakin lama semakin tinggi, mungkin perlindung­an insurans ditawarkan semakin banyak maka kos premium dibayar tinggi dan ada unsur keuntungan. Bagaimanap­un VHIS tiada konsep keuntungan.

“Premium perlindung­an dijangka rendah berbanding perlindung­an insurans ditawarkan di pasaran,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chai Kim Sen yang ingin tahu perbezaaan VHIS dengan skim insurans kesihatan sedia ada, pada persidanga­n Dewan Negara semalam.

Pada pembentang­an Bajet 2018 27 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n sejumlah RM50 juta diperuntuk­kan kepada VHIS untuk memperkasa sektor kesihatan.

Dr Hilmi berkata VHIS adalah alternatif kepada skim insurans kesihatan swasta dalam memberi manfaat kepada rakyat dengan menawarkan perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang lebih kompetitif.

Beliau berkata berdasarka­n kajian dianggarka­n 23 peratus rakyat Malaysia mempunyai insurans kesihatan swasta manakala 38 peratus daripada perbelanja­an kesihatan negara adalah melalui perbelanja­an sendiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia