Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin jika diminta

-

KUALA LUMPUR: Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit bagi tahun depan akan dibuka mulai hari ini (15 Dis) hingga 15 Feb 2018.

Timbalan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata orang ramai boleh membuat pendaftara­n secara talian di https://sprn. kpkt.gov.my.

“Pada pembentang­an Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju meneruskan skim MyDeposit dengan peruntukka­n sebanyak RM25 juta,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Abidullah Salleh mengenai jumlah bantuan yang disalurkan melalui skim MyDeposit dan jumlah penerima setakat ini, pada persidanga­n Dewan Negara semalam.

Sejak dibuka dari 7 April 2016 hingga Okt lepas, sejumlah 1,469 permohonan diluluskan dengan jumlah bayaran lebih RM39 juta. — Bernama KUALA LUMPUR: Penghantar­an pasukan pengaman Malaysia ke Palestin hanya akan dilakukan jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di negara bergolak.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Johari Baharum berkata pembabitan Malaysia dalam beberapa misi pengaman di bawah panji-panji PBB bukanlah sesuatu yang baharu seperti penghantar­an Pengaman Malaysia (Malbatt 850-5) di Lubnan ketika ini di bawah panji-panji PBB.

“Memang kita ( ATM) terlibat dalam misi-misi pengaman seperti ini, walau bagaimanap­un sama ada diperlukan, kita bergantung dengan pihak PBB.

“Kita tidak akan membuat sesuatu ( misi pengaman) tanpa pengetahua­n PBB,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi peringkat Kementeria­n Pertahanan 2017 di Wisma Pertahanan di sini semalam.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, dan memindahka­n kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis menimbulka­n ketegangan baharu di Palestin ketika ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh yang mula beroperasi 29 Nov lalu telah menerima pesakit dan melakukan beberapa operasi pembedahan.

Beliau berkata pihak ATM menyediaka­n kemudahan asas struktur hospital manakala operasinya diurus Kementeria­n Kesihatan.

Seramai 50 kakitangan Kementeria­n Kesihatan mengendali­kan hospital itu untuk membantu pelarian Rohingya mendapat rawatan kesihatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia