Utusan Borneo (Sarawak)

Belajar berkumpula­n, fokus rahsia cemerlang PT3

-

KUALA LUMPUR: Mengulang kaji pelajaran secara berkumpula­n dan tidak lokek berkongsi ilmu membantu seorang pelajar mendapat 10A dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2017 yang dikeluarka­n semalam.

Lee Yun Yu, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cohcrane berkata perkongsia­n ilmu bersama rakanrakan ketika menyiapkan tugasan berkumpula­n yang diberikan guru dan perbincang­an selepas tamat waktu persekolah­an membantuny­a mendapat keputusan cemerlang.

“Kerja secara berkumpula­n membolehka­n saya bertukar idea bersama rakanrakan dan pelbagai jenis soalan yang akan timbul sewaktu perbincang­an, jadi ia benar-benar membantu saya untuk lebih memahami sesuatu subjek selepas pembelajar­an formal yang diterima di dalam kelas,” katanya ketika ditemui di sekolahnya.

“Saya percaya mengulang kaji pelajaran secara beramai- ramai membuatkan saya lebih bermotivas­i untuk belajar kerana ia tidak bosan dan lebih mudah untuk mengingati sesuatu subjek,” katanya yang ingin menceburi bidang sains.

Bagi Adam Farhad Alifnur Iskandar yang memperoleh 9A 1B pula, beliau tidak memaksa diri untuk belajar secara berlebihan tetapi memberi fokus sewaktu di dalam kelas menjadi kunci kejayaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Gabriel itu.

Bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, Adam tidak mengikuti sebarang kelas tuisyen sebaliknya gemar belajar sendiri di rumah.

“Kadangkala keinginan untuk belajar susah datang kerana saya sendiri tidak menetapkan waktu belajar, jadi apabila saya memilih untuk belajar saya akan memberi tumpuan sepenuhnya,” katanya.

Ayahnya, Alifnur Iskandar Mohamed Sani berkata beliau tidak meletakkan sebarang tekanan tetapi memberi peluang kepada anaknya untuk memilih cara pembelajar­an yang sesuai mengikut kemampuan diri.

“Saya tidak memaksa anak dalam belajar tetapi saya cuba untuk memberi sokongan dan hanya memantau cara pembelajar­an anak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia