Utusan Borneo (Sarawak)

Beri tumpuan dalam kelas, tidak malu bertanya antara kunci kejayaan Azian Nadiah

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Beri tumpuan dalam kelas dan tidak malu bertanya kepada guru antara kunci kejayaan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

Menurut pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan, Azian Nadiah Faisal, 15, memberi tumpuan dalam kelas amat penting agar dapat menguasai dan memahami setiap subjek yang diajar.

“Kalau tidak faham sesuatu perkara, saya akan bertanya terus kepada guru tersebut supaya kita dapat memahami dan menguasain­ya dengan mudah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Berkongsi kecemerlan­gannya, Azian yang memperoleh­i 10A dalam PT3 turut memberitah­u, ulang kaji pelajaran di rumah juga penting supaya seseorang itu dapat mengingati sesuatu subjek dengan lebih mudah.

“Inilah yang saya lakukan untuk memastikan sasaran mendapat A penuh seperti diimpikan dapat dicapai,” tambahnya.

Perkara yang sama turut dikongsika­n Qurratu Ain Bujang, 15, dari Kampung Tanjung Bundong Fasa 3 yang turut memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam PT3 yang diumumkan semalam.

“Untuk mendapat keputusan cemerlang perlu berusaha dan paling penting beri tumpuan dalam kelas dan tanya kepada guru jika tidak faham,” katanya.

Tambahnya, kelas tuisyen juga banyak membantu dirinya untuk menguasai mata pelajaran yang lemah selain melakukan latihan dan ulang kaji.

“Ibu bapa sudah bersusah payah dan mengorbank­an wang ringgit untuk kita berjaya, jadi saya tidak mahu menghampak­an harapan mereka,” tegasnya.

Dua lagi pelajar SMK Kota Samarahan, Iktisham Naqiuddin Norhyzaimi­n dan Caroline Eve Gem- bar yang memperoleh­i 6A juga berkongsi kegembiraa­n mereka selepas memperoleh­i keputusan cemerlang dalam PT3.

“Jangan putus asa, bila sudah habis ulang kaji pelajaran buat latihan terus supaya kita tidak lupa dan paling penting adalah memohon doa daripada Tuhan serta dengar cakap guru,” kata mereka.

Sementara itu, Pengetua SMK Kota Samarahan Bujang Awang Jamain berkata, pada tahun ini sekolah itu mencatat seorang pelajar mendapat keputusan A penuh dalam semua mata pelajaran.

“Selain itu, PT3 tahun ini juga mencatat seorang pelajar mendapat 9A, seorang pelajar mendapat 8A manakala 7A lima pelajar dan 6A pula lapan pelajar.

“Justeru, kita berharap pelajar-pelajar ini terus memberi tumpuan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal mereka hadapi dua tahun akan datang,” tegasnya.

Mengulas mengenai pelajar yang memperoleh­i keputusan sederhana, Bujang menasihati mereka agar mengubah cara pembelajar­an selain memberi tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas.

Kalau tidak faham sesuatu perkara, saya akan bertanya terus kepada guru tersebut supaya kita dapat memahami mudah. ” dan menguasain­ya dengan Azian Nadiah Faisal Pelajar cemerlang SMK Kota Samarahan

“Masih ada dua tahun lagi untuk mereka mengubah cara pembelajar­an.

“Walaupun hari ini kamu belum mencapai keputusan baik atau cemerlang, usahakan bersungguh-sungguh dalam tempoh dua tahun ini untuk kamu berjaya dalam SPM nanti,” ujarnya.

 ??  ?? BANGGA: Bujang (tengah) merakam kenangan bersama pelajar cemerlang ujian Pentaksira­n Tingkatan Tiga 2017. Turut kelihatan pelajar paling cemerlang, Azian (dua kiri)
BANGGA: Bujang (tengah) merakam kenangan bersama pelajar cemerlang ujian Pentaksira­n Tingkatan Tiga 2017. Turut kelihatan pelajar paling cemerlang, Azian (dua kiri)
 ??  ?? LIHAT: Bujang (kanan) melihat keputusan cemerlang 9A yang diperoleh Qurratu Ain yang turut ditemani bapanya, Bujang Abdul Manan.
LIHAT: Bujang (kanan) melihat keputusan cemerlang 9A yang diperoleh Qurratu Ain yang turut ditemani bapanya, Bujang Abdul Manan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia