Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam PT3 2017

-

KUCHING: Pasangan adik beradik melakar sejarah sendiri apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) 2017 yang diumumkan semalam.

Fenny Lei dan Hubert Lei lahir pada tahun sama, belajar dalam kelas sama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching malah mendedikas­ikan kejayaan mereka buat ibu bapa mereka.

Menurut Hubert, belajar secara berkumpula­n dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas semasa guru mengajar banyak membantuny­a mencapai kejayaan itu.

Manakala adiknya Fenny lebih memilih belajar pada sebelah pagi seawal jam 6 pagi hingga 9 pagi sebelum bersiap untuk ke sekolah pada sebelah tengah hari.

“Kami tiada rahsia, belajar seperti biasa, kadang-kadang berkumpula­n dan paling penting memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dan jangan malu bertanya kalau tidak faham,” kata Hubert.

Bagi Fenny pula, selain belajar adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan tidak boleh memaksa diri belajar.

“Jangan lambat tidur, makan diet seimbang dan selalu bersenam, paling penting beri tumpuan ketika guru mengajar,” katanya.

Sementara itu Farina Qhadejah Luqmanulha­kim, yang turut memperoleh keputusan cemerlang 10A, berkata galakan dan dorongan ayahnya menyuntik semangat untuknya belajar bersungguh­sungguh.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui dia lebih rapat dengan ayahnya berbanding ibunya disebabkan tuntutan kerja sebagai pramugari Syarikat Penerbanga­n Malaysia (MAS) menyebabka­n mereka jarang bersama.

“Ayah banyak memberi galakan kepada saya dalam akademik termasuk minat saya dalam muzik.

“Saya sukakan muzik dan ayah sendiri mengajar saya bermain gitar tetapi saya hanya melakukann­ya apabila ada masa terluang,” katanya.

Farina yang aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah dan selaku presiden kelab koir sekolah memberitah­u, dia mengulang kaji pada waktu awal pagi iaitu sekitar jam 7 pagi hingga 10 pagi.

Bapanya, Luqmanulha­kim berkata dia tidak pernah menghalang anak-anaknya melakukan perkara diminati kerana percaya sekatan keterlalua­n akan menyebabka­n anak tidak kreatif dan berkembang.

“Hari ini kita tidak boleh memaksa anak-anak melakukan apa yang kita mahu, sebaliknya kita memberi sokongan kepada mereka untuk mencapai cita-cita mereka tetapi perlu pengawasan.

“Bagi saya yang menggalas tugas sebagai bapa juga ibu pada satu masa, perlu ada cara untuk mendekati anak-anak saya,” katanya.

Turut berkongsi kejayaan cemerlang memperoleh 10A dalam PT3 semalam ialah Ealison Ling dan Law Wen Xwen juga pelajar SMK Green Road Kuching.

 ??  ?? CEMERLANG: (Kanan) Ling, (dari tiga kanan) Farina, Fenny, Law dan Hubert (belakang kiri) bersama dua lagi pelajar SMK Green Road yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam PT3 masing-masing.
CEMERLANG: (Kanan) Ling, (dari tiga kanan) Farina, Fenny, Law dan Hubert (belakang kiri) bersama dua lagi pelajar SMK Green Road yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam PT3 masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia