Utusan Borneo (Sarawak)

Jerayawara Anmum Essential di Everwin Sibu, 15-17 Disember

-

KUCHING: SugarBun ketika ini mempromosi­kan menu baharunya dikenali ‘Swinger Mania Combo’ di Malaysia Timur.

Menurut wakil jualan SugarBun, tempoh promosi itu bermula hari ini (15 Disember 2017) hingga 15 Januari 2018.

Beliau berkata semua restoran SugarBun di Sabah dan Sarawak kecuali restoran yang beroperasi di lapangan terbang terlibat dalam promosi itu yang berlangsun­g selama sebulan itu.

“Promosi Swinger Mania Combo SugarBun terdiri daripada kentang putar Swinger Fries dan terbahagi kepada tiga set iaitu Swinger One, Swinger Two and Swinger Three,” katanya pada sidang media di Restoran SugarBun di pusat beli-belah tHe Spring di sini semalam.

Swinger One terdiri daripa- da burger ikan terkenal SugarBun, satu ‘Swinger Fries’ dan minuman ringan 16oz berharga RM13.99 manakala Swinger Two dengan ayam panggang atau ayam pedas, kentang putar dan minuman ringan 16oz .

Sementara itu ‘ Swinger Three’ terdiri daripada dua ketul ayam panggang atau ayam pedas, satu kentang putar dan minuman ringan 16oz.

Beliau menambah, objektif promosi itu ialah untuk meningkatk­an jualan semasa musim cuti dan menarik minat pelanggan mencuba kentang putar yang digandingk­an bersama ayam panggang. SIBU: Siri jerayawara ‘Mind-Q Connect’ dengan Anmum Essential di pasar raya Everwin, Jalan Pahlawan, bersebelah­an Terminal Bas Ekspres Sibu di sini bermula hari ini hingga Ahad, mulai jam 9 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Ia bertujuan menyampaik­an maklumat lanjut kepada ibu bapa tentang khasiat produk tersebut.

Menurut kenyataan media Kempen Mind-Q Connect Anmum Essential petang semalam, si manja dilahirkan dengan kirakira 100 bilion sel otak tetapi bukan semua berhubung.

Jelasnya, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu menghubung­kan sel-sel otak dengan memberi rangsangan positif dan nutrisi baik.

“Perkembang­an hubungan sel-sel otak boleh menyokong kebolehan si manja hingga belajar dan berkembang dari segi mental, emosi dan sosial,” katanya.

Anmum Essential kini dengan Mind-Q Connect mengandung­i DHA dan 2X lebih GA (Gangliosid­a), kombinasi nutrien penting dalam otak si manja.

DHApenting­untukperke­mbangan otak dan Gangliosid­a membantu menghubung­kan sel-sel otak.

Justeru, wakil-wakil Anmum Essential akan berada di lokasi jerayawara untuk menjawab soalan ibu bapa tentang rangkaian produk tersebut.

Orang ramai digalakkan membawa si manja mereka untuk menyertai aktiviti menyeronok­kan sekali gus berpeluang mendapat hadiah dengan pembelian produk.

Dapatkan ‘tumbler’ Thermocafe percuma dengan pembelian tiga pek Anmum Materna/Lacta 650 gram dan ‘playground’ boleh lipat dengan bola mainan kanak-kanak percuma dengan pembelian tiga tin Anmum Essential 1.6 kilogram (kg) atau empat pek Anmum Essential 1.2kg.

Anmum Essential juga diformulas­ikan tanpa gula tambahan.

 ??  ?? PROMOSI: Staf SugarBun menunjukka­n (dari kiri) kombo ‘Swinger Two’ di restoran berkenaan di tHe Spring.
PROMOSI: Staf SugarBun menunjukka­n (dari kiri) kombo ‘Swinger Two’ di restoran berkenaan di tHe Spring.
 ??  ?? TEMUI KAMI: Wakil-wakil Anmum Essential menunjukka­n produk mereka di Everwin, Jalan Pahlawan, Sibu petang kelmarin.
TEMUI KAMI: Wakil-wakil Anmum Essential menunjukka­n produk mereka di Everwin, Jalan Pahlawan, Sibu petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia