Utusan Borneo (Sarawak)

Akibat komunikasi jelik di Facebook, penganggur didenda RM10,000

-

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didenda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Siber di sini, semalam atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri di laman sosial Facebook, pada Oktober tahun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Shahriman Shahir Omar, 39, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah secara sedar melakukan kesalahan itu pada 11 Okt 2016 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain menggunaka­n akaun Facebook ‘ Mohd Shahriman Omar’ di pautan ‘ https:// www. facebook.com/mohammed. sallehuddi­n.1’.

Pautan itu kemudian dibaca pada 11.42 malam, 21 April 2017 di No A-1110, Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini.

OKS yang berkelulus­an bidang perubatan dari luar negara itu didakwa mengikut Seksyen 233 ( 1) ( a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutny­a RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia Mohd Sophian Zakaria manakala OKS yang membayar denda itu diwakili peguam Adlizan Noor.

Terdahulu, Adlizan memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman ringan terhadap anak guamnya atas alasan OKS telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

“OKS merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan memohon ampun,” katanya sambil memberitah­u OKS sebelum ini pernah mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dalam bidang perubatan di luar negara.

“OKS pulang ke negara ini dan berkhidmat sebagai doktor namun tidak dapat meneruskan perkhidmat­annya kerana mentalnya agak terganggu dan tertekan.

“Susulan itu, OKS perlu membayar semula kepada JPA kira-kira RM 1 juta,” katanya yang turut memberitah­u anak guamnya kini menjaga dusun durian milik bapa OKS di Johor.

Mohd Sophian bagaimanap­un memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kes itu.

“Posting yang dibuat OKS membabitka­n Yang Di-pertuan Agong dan Perdana Menteri menggunaka­n perkataan yang sangat kasar, keji dan biadap. Perbezaan fahaman politik tidak mewajarkan posting yang jelik sebegini. Ini menunjukka­n OKS langsung tidak mempunyai rasa hormat dan taat pada ketua negara,” katanya. — Bernama KUANTAN: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.

Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu, yang mengambil masa kira-kira setengah jam untuk dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Tertuduh dari Kampung Sungai Soi di sini didakwa melakukan kesalahan itu di pelbagai bank komersil seperti Maybank, CIMB Bank dan RHB Bank di sekitar daerah ini di antara 27 Nov 2015 hingga 30 Jun 2016.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunaka­n akaun semasa pelbagai syarikat, menerima wang dalam pelbagai jenis mata wang seperti ringgit, bhat, rupiah dan riyal serta menggunaka­n wang haram untuk membeli pelbagai premis di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah suseksyen 4 (1) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Seksyen itu memperuntu­k hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah kesalahan terlibat atau RM5 juta ringgit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Idamasliza Maarof mem- beritahu mahkamah bahawa Sheikh Saidey Nor juga dituduh bagi satu kesalahan serupa pada 2016 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan memohon supaya kes hari ini dipindahka­n ke sana.

“Jika peguam bela tidak membantah kes dibicaraka­n bersama, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang diberikan di Kuala Lumpur terpakai pada kes hari ini,” katanya.

Peguam S.M Karunanath­an menjawab pihaknya tidak mempunyai bantahan dan bersetuju dengan jaminan itu, yang telah dijelaskan tertuduh sebelum ini.

Siti Aminah membenarka­n permohonan itu dan kes ditetapkan untuk sebutan semula di Kuala Lumpur pada 11 Jan depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Pengarah syarikat Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.
— Gambar Bernama TERTUDUH: Pengarah syarikat Sheikh Saidey Nor Sheikh Abdul Rahman, 44, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, atas 26 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan transaksi lebih RM1 juta sejak November 2015.
 ?? — Gambar Bernama ?? DENDA: Shahriman didenda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Siber semalam, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik terhadapYa­ng di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri di laman sosial Facebook, pada Oktober tahun...
— Gambar Bernama DENDA: Shahriman didenda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Siber semalam, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik terhadapYa­ng di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri di laman sosial Facebook, pada Oktober tahun...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia