Utusan Borneo (Sarawak)

McDonald’s Malaysia buat laporan polis berhubung dakwaan palsu

-

KUALA LUMPUR: Gerbang Alaf Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dangi Wangi di sini berhubung individu dan kumpulan yang melakukan dakwaan palsu mengenai McDonald’s Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Niaga Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, laporan yang dibuat kelmarin itu turut melibatkan pihak yang menyebarka­n maklumat tidak berasas mengenai McDonald’s Malaysia melalui platform media sosial dan saluran lain.

“Berdasarka­n nasihat un- dang-undang, kami juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjay­a Komunkasi dan Multimedia Malaysia mengenai isu ini,” katanya semasa sidang media mengenai isu boikot McDonald’s Malaysia di sini, semalam.

Katanya, antara tohmahan yang dikaitkan adalah berkaitan sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat (AS) kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program Pemberian Sepadan (Matching Gift).

Azmir yang menafikan perkara itu berkata, di AS, sudah menjadi kelaziman untuk syarikat menawarkan program Pemberian Sepadan yang bertujuan menggalakk­an pekerja mereka menderma kepada badan kebajikan, katanya.

“Program ini tidak khusus kepada McDonald’s kerana banyak syarikat lain di AS, termasuk sebahagian besar syarikat Fortune 500, mengendali­kan program tersebut (dianggarka­n lebih 60 peratus syarikat Fortune 500),” katanya.

Beliau berkata, JUF merupakan antara banyak badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program Pemberian Sepadan tersebut.

Azmir juga menafikan dakwaan bahawa McDonald’s Malaysia menyalurka­n sebahagian hasil jualannya di Malaysia kepada McDonald’s AS setiap tahun sebaliknya bayaran itu adalah royalti ke atas jenama McDonald’s itu sendiri.

Beliau berkata, setiap keuntungan daripada jualan akan digunakan bagi projek pelan masa hadapan McDonald’s Malaysia, termasuk menambah cawangan restoran di Malaysia.

“Sebahagian daripada pelan perniagaan 10 tahun kami, kami komited untuk melabur lebih daripada RM1.4 bilion bagi meningkatk­an bilangan restoran McDonald’s di Malaysia kepada 450 menjelang 2025, mewujudkan sekurangku­rangnya 10,000 peluang pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia