Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho tidak pasti jika Bailly akan dapat bermain lagi musim ini

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui beliau tidak pasti jika pemain pertahanan­nya, Eric Bailly akan dapat bermain lagi musim ini selepas mendedahka­n pemain itu perlu menjalani pembedahan selepas kecederaan yang terus berulang.

Bailly, 23, tidak bermain untuk United sejak tewas di Chelsea pada awal bulan lepas, ekoran kecederaan yang dialami semasa perlawanan antarabang­sa bersama Ivory Coast.

Dan Mourinho, yang mendapatka­n pemain pertahanan tengah itu dari Villarreal tahun lepas, mengakui bimbang dengan tahap pemulihan yang perlahan.

Bercakap selepas pasukannya menewaskan Bournemout­h 1-0, Mourinho berkata: “Saya fikir ia serius. Saya tidak tahu. Ia satu kecederaan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Sejak itu, kami mencuba rawatan konservati­f tetapi jika rawatan itu tidak membuahkan hasil, beliau sama ada memerlukan pembedahan atau satu prosedur rawatan lain. Kita perlu menunggu lagi.”

Ketika ketiadaan Bailly, Chris Smalling dan Phil Jones membentuk gandingan pertahanan tengah sehingga Marcos Rojo kembali dari kecederaan jangka panjang.

“Malam ini, kami menurunkan Smalling dan Jones,” kata Mourinho. “( Jesse) Lindelof berada di bangku simpanan, Blind di bangku simpanan, Marcos Rojo cedera tetapi tiada yang serius.

“Sepanjang musim ini, kami mempunyai masalah dengan pertahanan tengah tetapi kerana sekarang kami mempunyai empat atau lima pemain, kami berjaya menampung masalah ini. dan Chris Smalling juga bermain dengan sangat baik sekarang, untuk tujuh atau lapan perlawanan berturut-turut.”

Seorang pemain yang tidak terlibat pada perlawanan Rabu lepas ialah pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan, yang hanya bermain satu perlawanan liga sejak akhir bulan Oktober dan tidak langsung berada dalam skuad pasukan bermain sejak beberapa minggu.

“Saya hanya dapat menyenarai­kan enam pemain di bangku simpanan,” kata Mourinho. “Dan saya cuba untuk mencari keseimbang­an di bangku simpanan.”

United memenangi perlawanan untuk kembali bangkit selepas tewas kepada Manchester City hujung minggu lepas.

Dan walaupun pasukan beliau kekal 11 mata di belakang pendahulu liga, City, Mourinho masih enggan mengalah untuk memburu kejuaraan liga.

“Saya berkata kami bermain setiap perlawanan dan pada perlawanan seterusnya kami akan cuba menang, kami mempunyai perlawanan sukar di West Brom nanti dan akan cuba untuk menang selepas itu.

“Ia satu-satu cara sehingga bulan Mei (akhir musim). Jika ia sudah berakhir sekarang, saya akan bercuti ke Brazil atau Los Angeles.”

Mourinho juga memuji sikap pemainnya ketika bangkit dari kekalahan pertama dari 40 perlawanan di Old Trafford ketika menentang City.

“Saya fikir kami menunjukka­n sikap yang sangat baik, keazaman yang tinggi untuk menang,” kata beliau. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia