Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger tidak akan berputus asa

-

lahan seperti ini adalah sukar,” kata Clement dengan pasukannya kekal di tangga terbawah liga. “Kami t a h u i a

a d a l a h perlawanan yang sukar tetapi saya harus berkata mereka adalah pasukan terbaik yang pernah kami hadapi. “Mereka melakukan perkara asas dalam bola sepak dan menyukarka­n anda. Ia kemenangan selesa untuk mereka tetapi saya merasakan kami bermain terlalu pasif, terlalu memberikan penghormat­an kepada mereka dan tidak cukup agresif.” — AFP LONDON, England: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menolak untuk berputus asa dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris walaupun diikat tanpa jaringan di West Ham United, menyebabka­n pasukannya kini 19 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Arsenal kini di tangga ketujuh, di belakang Burnley selepas hanya menambah dua mata dari tiga perlawanan terakhir ekoran kekalahan 13 kepada Manchester United di tempat sendiri dan seri 1-1 di Southampto­n.

Pengurus Chelsea ( di tangga ketiga liga), Antonio Conte dan rakan sejawatann­ya di Tottenham Hotspur (tangga keempat), Mauricio Pochettino, sudah mengalah untuk memintas City tetapi Wenger berkata beliau tidak akan berputus asa untuk memburu kejuaraan liga yang pertama Arsenal sejak 2004.

“Ia bagus untuk menarik perhatian tetapi kami harus memberi fokus kepada perlawanan seterusnya,” kata Wenger.

“City terlalu jauh di hadapan untuk bercakap tentang kejuaraan ketika ini tetapi ia satu perkara untuk berada jauh di belakang dan satu lagi perkara untuk berputus asa.

“Anda tidak harus mengalah. Tugas kami ialah untuk bersaing selama yang kami mampu. Saya tidak terlalu mendengar kepada semua ini. Tugas kami ialah untuk bersaing dan terus memberikan segala-galanya dan di akhir musim kita akan lihat di mana kedudukan kita.”

Arsenal hanya satu mata di belakang Spurs tetapi ia tidak kelihatan akan berganjak walaupun menguasai permainan ketika menentang West Ham. Wenger berasa yakin pasukannya tidak akan menamatkan musim di tangga ketujuh.

“Kedudukan liga tidak dapat diubah tetapi ia belum keputusan akhir,” kata beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Silva (dua kanan) menjaringk­an gol ketiga City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Swansea di Stadium Liberty di Wales Rabu lepas. GUARDIOLA
— Gambar AFP Silva (dua kanan) menjaringk­an gol ketiga City pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Swansea di Stadium Liberty di Wales Rabu lepas. GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia