Utusan Borneo (Sarawak)

Milan tempah pertemuan dengan Inter pada suku akhir Piala Itali

-

MILAN, Itali: Jurulatih baharu AC Milan, Gennaro Gattuso, mencipta kemenangan kedua berturut-turut ketika kelabnya menempah pertemuan suku akhir Piala Itali menentang kelab jiran Inter Milan selepas menewaskan Verona 3-0 Rabu lepas.

Gattuso mencipta kemenangan pertama sebagai jurulatih Milan pada perlawanan Serie A Itali menentang Bologna dan pasukannya sekali lagi mempamerka­n aksi bertenaga untuk menewaskan kelab tercorot, Verona.

Gol dari Suso, Alessio Romagnoli dan Patrick Cutrone memastikan Milan akan menentang Inter, pendahulu Serie A, di peringkat suku akhir pada 27 Disember.

Penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma diejek penyokong Milan sebelum perlawanan dengan sepanduk cercaan ekoran dakwaan beliau mahukan kontrak lanjutan yang ditandatan­gani pada musim panas lepas dibatalkan atas dasar beliau dipaksa untuk menandatan­ganinya, dengan spekulasi kemungkina­n satu perpindaha­n lumayan ke Paris Saint Germain (PSG).

Giacomo Bonaventur­a meneruskan prestasi cemerlang selepas dua gol ketika menentang Bologna, dengan mengumpan gol pembukaan yang disempurna­kan Suso pada minit ke-22 sebelum mengumpan lagi bola kepada Romagnoli untuk gol kedua pada minit ke-30, dengan Cutrone melengkapk­an jaringan pada minit ke-56 sebelum Bonaventur­a dikeluarka­n.

“Apa yang telah berubah dengan Gattuso? Beliau memberikan kami kesungguha­n dan kekuatan, seterusnya ialah pertemuan berjiran (menentang Inter Milan),” kata Cutrone selepas kemenangan pertama Milan menentang Verona di peringkat suku akhir Piala Itali sebelum ini.

Pada perlawanan lain, tendangan penalti lewat Jordan Veretout membantu Fiorentina menewaskan Sampdoria 3-2 untuk menempah pertemuan menentang sama ada Lazio atau Cittadella pada 26 Disember.

Pada perlawanan tegang di Tuscany, di mana tiga gol dijaringka­n dari tendangan penalti, Khouma Babacar membuka jaringan buat Fiorentina seawal minit kedua ketika pasukan tuan rumah mahu menebus kekecewaan selepas tewas kepada Sampdoria pada bulan September.

Tetapi Sampdoria mengikat kedudukan enam minit sebelum rehat dari rembatan Edgar Barreto, dengan Veretout menyempurn­akan dua tendangan penalti untuk meletakkan Fiorentina 2-1 di hadapan.

Jaringan Edgar Barreto terkena palang ketika Sampdoria meningkatk­an permainan dan akhirnya selepas asakan demi asakan, Gaston Ramirez mengikat kedudukan dari satu lagi tendangan penalti.

Ketika Sampdoria membayangk­an permainan akan berlarutan ke masa tambahan, Fiorentina memperoleh­i tendangan penalti lewat dengan Veretout tidak melakukan sebarang kesilapan untuk menjaringk­an gol kemenangan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia