Utusan Borneo (Sarawak)

Liga TigaSepasu­kan Tay Motors, empat pasukan teratas tukar posisi

-

KUCHING: Empat pasukan teratas bertukar posisi dalam liga selepas tamat minggu ketiga Liga Tiga-Sepasukan Tay Motors 175 & Below yang berlangsun­g pada setiap malam Selasa di Megalanes Sarawak, EMart Batu Kawa.

Pasukan Limited Legacy kini menduduki tangga teratas liga dengan jumlah Peterson poin sebanyak 103.64 selepas mereka menundukka­n PBA Ace 14-6 minggu lalu.

PBA Ace pula jatuh ke tangga kedua dalam liga dengan jumlah Peterson poin sebanyak 95.60.

Pada masa yang sama, Limited Bowler naik satu anak tangga dan sekarang berada di tempat ketiga selepas mereka mengumpul 92.19 Peterson poin manakala Lucky turun satu anak tangga ke tempat keempat selepas mereka kalah 6-14 di tangan pasukan 77United Bowler yang sekarang menduduki tempat kelima dalam liga dengan jumlah Peterson poin sebanyak 88.16.

Selain daripada hadiah wang tunai, liga ini turut menawarkan ganjaran bagi pemenang kategori individu dan berpasukan.

Bagi kategori individu, Awang Abdul Rahman Awang Anuar dari pasukan Limited Bowler sedang mandahului dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 243 untuk Game Tertinggi dan 609 untuk Series Tertinggi.

Muhd Izam Johari dari pasukan GBUZZ’s pula menduduki tempat kedua bagi kategori Game Tertinggi Individu dan Muhd Azim Norhisham dari pasukan Limited Legacy berada di tempat kedua bagi kategi Series Tertinggi Individu.

Bagi kategori berpasukan pula, Limited Bowler mengunggul­i kedua- dua acara apabila mereka merekodkan jumlah jatuhan pin sebanyak 773 bagi Game Tertinggi dan 2116 untuk Series Tertinggi.

PBA Ace pula berada di tempat kedua bagi kategori dengan jatuhan pin sebanyak 742 untuk Game Tertinggi dan 2085 untuk Series Tertinggi.

Liga ini akan berlangsun­g selama lapan minggu di mana semua pasukan akan berentap sekali lagi pada masa yang sama mengikut kedudukan liga di minggu terakhir untuk menentukan juara keseluruha­n.

 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEEMPAT: Para pemain PSG meraikan jaringan Draxler (dua kanan) pada aksi di Stadium Meinau, Strasbourg Rabu lepas.
— Gambar AFP GOL KEEMPAT: Para pemain PSG meraikan jaringan Draxler (dua kanan) pada aksi di Stadium Meinau, Strasbourg Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia