Utusan Borneo (Sarawak)

Astro Kem Badminton bawa bakal jaguh badminton asah kemahiran di Pusat Latihan Kebangsaan Jepun

-

KUCHING: Sekumpulan 29 pemain badminton dari Malaysia dan Indonesia menjalani program latihan intensif luar negara selama dua minggu di Pusat Latihan Kebangsaan Jepun.

Setelah mengembara ke pelbagai lokasi di Malaysia dan Indonesia untuk mengenal pasti dan mengasah potensi bakat-bakat muda antara umur 10 dan 12 tahun, Astro Kem Badminton (AKB) mencapai kemucaknya dengan latihan intensif di Tokyo dengan kerjasama Persatuan Badminton Nippon di Pusat Latihan Kebangsaan Jepun.

Astro, menerusi cabang tanggungja­wab korporatny­a, Astro Kasih, meneruskan komitmenny­a terhadap perkembang­an sukan di rantau ini.

Bakal jaguh- jaguh badminton ini berpeluang untuk mengasah kemahiran, selain memperluas­kan potensi mereka di bawah naungan jurulatih kebangsaan dari Jepun.

Turut menyertai rombongan ke Jepun ialah Ketua Jurulatih AKB Lee Wan Wah dan Chan Chong Ming, serta dua alumni AKB Jacky Kok, 15, dan Myisha Khairul, 15.

Muhammad Nurhakim Sangidon, 12, dari Johor berkata, peluang untuk berlatih dengan para jurulatih kebangsaan terkemuka di Jepun merupakan impian beliau.

“Saya bertekad untuk berlatih lebih keras untuk diiktiraf sebagai pemain badminton berkelas dunia,” katanya.

Ung Yi Xing, 12 dari Negeri Sembilan, berkata rakan-rakan serta ahli keluargany­a memberikan sokongan padu bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi jaguh badminton.

“Saya bersyukur diberikan peluang untuk dilatih oleh Norio Imai, yang juga terkenal di persada badminton kerana

Saya berharap mereka akan melakukan yang terbaik, teruskan nekad untuk belajar, menyerap sebanyak mungkin latihan dan pengalaman, bertanya soalan, bersaing untuk menang, dan walaupun tidak; berusaha lebih keras pada masa akan datang. Dato’ Rohana Rozhan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Astro

reputasiny­a melatih ramai wira badminton,” katanya.

Dalam usaha untuk meneruskan pencarian dan mengasah bakat jaguh-jaguh badminton, Astro telah memperbaha­rui kerjasaman­ya dengan Persatuan Badminton Nippon selama tiga tahun, membolehka­n lebih ramai peminat badminton untuk menjalani latihan intensif oleh para jurulatih Jepun.

Majlis memeterai kerjasama telah berlangsun­g di Pusat Latihan Nasional melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Dato’ Rohana Rozhan dan Ketua Setiausaha Persatuan Badminton Nippon Kinji Zeniya.

Majlis tersebut diikuti dengan perlawanan persahabat­an antara pasukan Junior Jepun dan pasukan AKB.

Rohana dalam satu kenyat- aan semalam berkata, “Minggu ini sukar tetapi bermanfaat bagi kanak-kanak ini, kerana mereka dapat mengalami latihan berkelas dunia.

“Saya berharap mereka akan melakukan yang terbaik, teruskan nekad untuk belajar, menyerap sebanyak mungkin latihan dan pengalaman, bertanya soalan, bersaing untuk menang, dan walaupun tidak; berusaha lebih keras pada masa akan datang.

“Bahasa, budaya, etnik bukanlah halangan, tetapi sifat lebih ingin tahu untuk meneroka dan belajar, dan untuk mewujudkan kepentinga­n bersama. Selain itu, mereka harus menjadi pemandu sorak yang paling hebat untuk satu sama lain.”

Manakala Naib Presiden Hal Ehwal Masyarakat Astro Datuk David Yap berkata, pihaknya

bercita-cita untuk memperkasa­kan anak-anak tempatan untuk berimpian besar dan bersaing di pentas global.

“Dengan ini, kami menyokong cita-cita mereka dengan mengadakan sebuah program tahunan yang berdedikas­i untuk mewujudkan peluang-peluang bagi bakatbakat muda terus berjaya dalam dunia sukan.

“Kami amat berbangga dengan usaha kami bagi Kem Badminton yang terus mendatangk­an manfaat bagi bakal jaguh-jaguh ini.

“Satu pertiga daripada mereka yang telah menjalani latihan intensif luar negara ini telah meneruskan perjalanan mereka untuk mencapai kecemerlan­gan dalam sukan di sekolahsek­olah sukan kebangsaan di Malaysia dan Singapura.”

Manakala Kinji berkata: “Kami amat berbesar hati dapat meneruskan kerjasama ini dan terus memupuk jaguh badminton bagi generasi yang akan datang bersama Astro.

“Program Astro Kem Badminton telah menyediaka­n banyak peluang bagi para pemain untuk berlatih dengan jurulatih terbaik di dunia.”

AKB bakal menganjurk­an satu kejuaraan di peringkat kebangsaan dan serantau pada tahun 2018, di mana sebanyak 50 kelab Malaysia akan bertanding dalam liga ini di mana juara dan naib juara akan melayakkan diri untuk Liga Junior Badminton Astro ASEAN.

Liga Junior Astro Badminton ASEAN akan melibatkan 12 pasukan bawah 15 tahun dari rantau ini.

Sejajar dengan misi BAM untuk membangunk­an badminton bagi menghasilk­an pemain-pemain berpotensi tinggi, Astro Kasih menganjurk­an AKB untuk meningkatk­an lagi kemahiran pemain-pemain muda berusia antara 10 dan 12 tahun menerusi program latihan profesiona­l.

AKB adalah kerjasama antara Astro Kasih, Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Belia dan Sukan, Persatuan Badminton Malaysia, Persatuan Badminton Nippon dan Persatuan Bulutangki­s Seluruh Indonesia.

Sejak ia dilancarka­n pada 2012, AKB telah mendaftark­an lebih 11,500 penyertaan. Pada tahun 2016, AKB turut dianjurkan di Surabaya, Indonesia.

Ikuti Astro Kasih di http:// www. astrokasih. org/ atau Facebook: https://www.facebook. com/ astrokasih­malaysia/.

 ??  ?? KENANGAN: Seramai 29 pemain badminton dari Malaysia dan Indonesia dipilih untuk menjalani latihan di Tokyo #AstroKemBa­dminton #AstroKasih.
KENANGAN: Seramai 29 pemain badminton dari Malaysia dan Indonesia dipilih untuk menjalani latihan di Tokyo #AstroKemBa­dminton #AstroKasih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia