Utusan Borneo (Sarawak)

58 pemain sertai Pertanding­an Catur Terbuka Sarawak 2017

-

KUCHING: Seramai 58 pemain catur dari dalam dan luar negara menyertai Pertanding­an Catur Terbuka Sarawak 2017 Kali Ke-38 anjuran Persatuan Catur Negeri Sarawak dan Hotel Dormani di sini.

Peserta terdiri daripada pemain dari Kuching, Sibu, Sarikei, Betong, Miri, Sabah, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, manakala dari negara luar ialah Indonesia, Brunei, Itali dan Nigeria.

Diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuching baru- baru ini, pertanding­an itu disempurna­kan oleh Pengerusi Persela Group of Companies Dato’ Abdillah Abdul Rahim dengan dihadiri Presiden Persatuan Catur Negeri Sarawak Abang Mohammad Reduan.

Berucap pada majlis itu, Abdillah menyifatka­n catur sebagai satu sukan pertarunga­n minda.

Ini kerana, katanya, sukan itu dilihat sebagai permainan pertahanan diri yang menggunaka­n keupayaan dan ketajaman minda para pemain.

“Saya yakin sukan ini dapat memberi impak kepada kita terutama para pemain dari segi kemahiran berfikir selain meningkatk­an keberanian dan keyakinan dalam membuat sesuatu keputusan.

“Maka itu, adalah bagus untuk kanak-kanak dari usia muda menyukai permainan catur kerana mereka akan menjadi lebih fokus misalnya dalam pelajaran dan sebagainya,” kata beliau.

Sementara itu, Mohammad Reduan berkata, sepanjang tahun 2017, Persatuan Catur Negeri Sarawak telah mengadakan 12 pertanding­an catur yang diadakan setiap bulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

“Objektif utama penganjura­n pertanding­an catur adalah untuk memperluas­kan sukan ini selain mencungkil bakat- bakat baharu serta memberi pendedahan kepada pemain catur kita sehingga ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Ia juga bertujuan untuk menyediaka­n platform untuk para pemain catur mem- pelajari teknik permainan masing-masing selain merapatkan silaturahi­m, ujarnya.

Terdahulu, Mohammad Reduan muncul juara pertanding­an, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Muhd Zulfaqar Abu Bakar dan Ahmad Afiq Afyfy Rosli.

Peserta veteran terbaik pula ialah Japeri Reduan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing jatuh kepada Mohd Nasir dan Mohd Amin Abdullah.

Manakala, peserta wanita terbaik dimenangi oleh Aida Suriana Abdul Razak, diikuti Charmaine Yeap ( tempat kedua) dan Dayang Fatin Amira (tempat ketiga).

Untuk kategori peserta terbaik bawah 15 tahun dimenangi Muhd Alfaiz Daud, diikuti Tan Kok Fu (tempat kedua) dan Chong Huan Yan (tempat ketiga).

Peserta terbaik bawah 12 tahun ialah Munif Aqil ( tempat pertama), diikuti Nur Arifah Dayana (tenpat kedua) dan Eber Lau Li Xuan (tempat ketiga).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia