Utusan Borneo (Sarawak)

Jellin Law juara Golf Amal Wanita Hari Jadi Kapten 2017

-

MIRI: Jellin Law berjaya memenangi kejohanan Golf Amal Wanita Hari Jadi Kapten 2017 anjuran Kelab Golf Miri (KGM) setelah berjaya memperoleh­i kutipan mata 67 dalam kategori net.

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n beliau membawa pulang piala kejuaraan dan beberapa hadiah sampingan lain yang disertakan.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Lynda Bala dengan kutipan mata 69 dan ketiga ialah Patricia Lipang (71 mata), kedua-duanya ialah dari KGM, dengan Kapten Golf Wanita KGM, Marilyn Raja-Wright berjaya menempatka­n diri tempat kelima dengan kutipan mata sebanyak 73 juga dalam kategori yang sama.

Dalam kategori gross pula, Theresa Wong muncul di tempat pertama, manakala tempat kedua jatuh kepada Candy Sim dan tempat ketiga dimenangi oleh Julia Raja, pemain golf jemputan dari United Kingdom (UK).

Seramai 30 pemain golf dari sini termasuk dua dari Semenanjun­g Malaysia dan seorang dari UK mengambil bahagian dalam kejohanan golf amal itu yang dianjurkan sempena dengan hari jadi Kapten Golf Wanita KGM, Marilyn, yang ke-56 tahun pada 3 Disember lalu.

Ini merupakan edisi keenam kejohanan berkenaan diadakan sejak diperkenal­kan pada 2012 dan pada kejohanan kali ini yang berlangsun­g selama sehari pada 11 Disember lalu, KGM berjaya mengutip RM10,150.

Menurut Marilyn, hasil kutipan daripada kejohanan itu disalurkan kepada dua badan amal iaitu Persatuan Jagaan Paliatif Miri (PCAM) yang menerima sumbangan berjumlah RM8,000.

Manakala bakinya, RM2,150 didermakan kepada rumah anak yatim, Miri Methodist Children’s Home, Marilyn turut menghulurk­an hadiah wang tunai berjumlah RM400 yang dimenangin­ya dalam kejohanan itu kepada rumah anak yatim tersebut.

Serentak itu, pihak penganjur turut menyampaik­an ‘56 Ang Pau’ kepada kanak-kanak yang hadir termasuk dari Miri Methodist Children’s Home.

“Sumbangan ‘56 Ang Pau’ ini didermakan oleh puteri raja dari Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim, sempena hari jadi saya dan ia diserahkan kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis sambutan termasuk kanak-kanak dari Miri Methodist Children’s Home yang dijemput khas,” ujar Marilyn.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada pemain-pemain golf wanita yang banyak membantu menjayakan kejohanan tersebut dan menyumbang kepada projek amal tersebut.

“Sejak kejohanan amal ini diadakan pada 2012, kami telah berjaya mengutip sehingga RM53,900 keseluruha­nnya, yang kemudian disumbangk­an semula kepada badan amal yang dipilih,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Marilyn (kanan) menyampaik­an piala kemenangan kepada Law (tengah) sambil disaksikan pemenang ketiga, Patricia, yang juga pengacara majlis tersebut.
TAHNIAH: Marilyn (kanan) menyampaik­an piala kemenangan kepada Law (tengah) sambil disaksikan pemenang ketiga, Patricia, yang juga pengacara majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia