Utusan Borneo (Sarawak)

Kontinjen Zon Selatan yakin dinobatkan juara SUKSAR 2017

-

KUCHING: Kontinjen Zon Selatan yang terdiri Bahagian Kuching, Kota Samarahan dan Serian yakin dinobatkan juara pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) 2017.

Residen Kuching Shukarmin Chasemon yang merupakan Ketua Kontinjen Zon Selatan berkata, pihaknya menyasar untuk mengutip 46 pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa dalam 16 acara yang dipertandi­ngkan.

“Malah, kita juga menjangkak­an akan menyapu bersih kesemua tujuh pingat emas pada acara berbasikal,” katanya pada sidang media di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini semalam.

Shukarmin menambah, kontinjen Zon Selatan dianggotai 209 atlet akan bersaing dalam SUKSAR 2017 yang bermula semalam hingga 17 Disember ini.

Pingat emas lain pula dijangka diperolehi menerusi acara paralimpik melibatkan enam pingat emas yang disasarkan menerusi acara balapan dan renang.

SUKSAR kembali dianjurkan melibatkan kontinjen zon Selatan, Zon Tengah (Kapit, Sibu dan Mukah), Zon Barat (Sarikei, Betong, dan Sri Aman) dan Zon Utara (Limbang, Miri dan Bintulu).

Antara acara yang dipertandi­ngkan, angkat berat, badminton, basikal, bola baling, bola lawn bowl, judo, karate, memanah, muay thai, padang dan balapan, petanque, ragbi, renang, sepak takraw dan - dua acara paralimpik K melibatkan acara padang dan balapan dan renang.

“Inilah caranya untuk kita meningkatk­an prestasi para atlet kita untuk persiapan menghadapi Sukan Malaysia nanti,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia